Program Jom Masuk U 2023 Zon Timur
3 Jun 2023 - Hari ini berlangsungnya Program Jom Masuk U 2023 Zon Timur bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu. YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi telah berkunjung ke reruai POLYCC dan sempat melukis batik serta melihat demonstrasi robot daripada pelajar POLYCC. Program ini turut dihadiri Pengarah-Pengarah POLYCC Zon Timur. Kepada orang ramai khususnya adik-adik lepasan SPM, bakal menghadapi SPM, ibu bapa jom temui kami di reruai POLYCC hari ini dan esok untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung kemasukan dan peluang melanjutkan pengajian ke Politeknik dan Kolej Komuniti. Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut berkaitan kemasukan pelajar boleh Chit Chat 💬 dengan Pegawai Pengambilan POLYCC Terengganu.
Klik link di bawah 👇
Chit Chat 💬 polyccterengganu
💬 MAKLUMAT LANJUT : Ambilan MyPolycc
  • Kemaskini Pada : Monday 26 February 2024.

Penafian

  • Politeknik Kuala Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman web ini.

Dasar Keselamatan

  • Perlindungan Data

    Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

  • Keselamatan Storan

    Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.