Kenali Kami

Politeknik Kuala Terengganu

Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
Terengganu
No.Tel : 096204100
No.Faks : 096204102

Pengenalan

Politeknik Kuala Terengganu (PKT) yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Kota Kuala Terengganu (PKKT) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1999 dan beroperasi di bangunan Maktab Perguruan Pasir Panjang. Penubuhan PKKT adalah di bawah konsep kampus dalam kota. Selepas enam bulan beroperasi di Maktab Perguruan Pasir Panjang, tanggal 1 Julai 1999 PKKT berpindah ke tapak lama bangunan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Terenganu yang telah disewakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan beroperasi di tapak ini sehingga hari ini.

Pengambilan pertama adalah seramai 153 orang pelajar pada Jun 1999 bagi Sijil Kejuruteraan Awam. Mulai 2003, program Sijil Kejuruteraan Awam telah dijumudkan dan digantikan dengan Sijil Teknologi Maklumat dan Sijil Elektrik dan Elektronik. Pada pertengahan Mei 2004, selaras dengan penubuhan kabinet baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-11, Politeknik telah beroperasi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Pada masa ini, Politeknik Kota Kuala Terengganu (PKKT) telah ditukarkan namanya kepada Politeknik Kuala Terengganu (PKT). Memandangkan ruang yang agak terhad di bangunan sedia ada, pada 1 Julai 2005 bangunan tambahan disewa bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Bangunan yang baru disewa dijadikan bilik kuliah bagi Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Pada tahun 2007, sebuah lagi bangunan tambahan disewa untuk kegunaan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Selari dengan perkembangan pendidikan, pada sesi pengajian Julai 2009, Program Sijil telah dinaiktarafkan kepada Diploma Teknologi Maklumat (Pengatucaraan) dan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Pada sesi Jun 2010, Diploma Elektrik dan Elektronik ditamatkan dan digantikan dengan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi).

Menyedari akan keperluan untuk meningkatkan peluang pembelajaran dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada lepasan SPM, satu program baharu telah ditawarkan pada Sesi Jun 2014 iaitu Diploma Kejuruteraan Elektrik-Elektonik (DEE) dengan pengambilan pertama seramai 65 pelajar. Pada Sesi Jun 2015, program Diploma Teknologi Maklumat Rangkaian (DNS) ditawarkan dalam usaha untuk meningkatkan jumlah enrolmen pelajar dan seramai 30 pelajar telah mendaftar untuk kali pertama penawaran program ini.

Seiring dengan keperluan 10 lonjakan utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), pada sesi Jun 2016 Program Diploma Teknologi Maklumat Pengaturcaraan (DIP) telah dijenamakan semula serta dinaiktarafkan kepada Program Diploma Teknologi Digital (DDT).

Sehingga kini, Politeknik Kuala Terengganu menawarkan peluang pendidikan peringkat Diploma dan Pra Diploma kepada hampir 1000 pelajar melalui dua Jabatan Akademik dan dua Jabatan Sokongan Akademik iaitu:

a) Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)
• Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
• Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

b) Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK)
• Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)

c) Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK)
• Pra Diploma Sains

d) Jabatan Pengajian Am

Kerajaan mensasarkan 1.5 juta pekerjaan baharu dengan pengisian 60% tenaga kerja berkaitan TVET, Politeknik telah diakui sebagai penyumbang utama dengan peratus kebolehpasaran keseluruhan yang tinggi melebihi 95% pada 2019 di mana kebolehpasaran PKT mencapai 100%. Berasaskan faktor ini, PKT selaku Politeknik ke-12 di Malaysia berazam untuk terus mengorak langkah meluaskan akses dengan pembangunan bangunan kekal kampus, menaiktaraf infrastruktur dan prasarana bagi meningkatkan persekitaran, kualiti pengajaran dan pembelajaran seterusnya melahirkan pelajar-pelajar politeknik yang berdaya saing dan menjadi pilihan industri.

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum wbt.

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT. kerana masih lagi memberi ruang dan peluang untuk saya menitip sepatah dua kata dalam ruangan portal Rasmi Politeknik Kuala Terengganu.

Portal ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan Politeknik Kuala Terengganu(PKT) kepada masyarakat umum  secara maya yang boleh diakses di mana-mana sahaja sehingga ke peringkat antarabangsa berhubung perkembangan pendidikan pengajian tinggi khususnya dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional(TVET) yang menjadi tunjang kepada institusi Politeknik. Saya amat berharap melalui portal ini ianya dapat menjadi laman interaktif antara semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang pendidikan yang mana sekaligus dapat meningkatkan tahap penerokaan ilmu dalam pelbagai bidang.

Saya yakin dan percaya portal ini yang dibekalkan dengan pelbagai cabang ilmu yang terkandung di dalamnya akan dapat membantu semua pihak samada pelajar, pensyarah, ibu bapa atau orang awam yang mengunjungi portal ini dalam usaha untuk mendapatkan input-input yang berguna. Adalah diharap juga pengunjung yang melayari laman sesawang ini akan dapat mengetahui fungsi dan peranan Politeknik dalam melahirkan tenaga mahir lagi kompeten dalam bidang teknikal.

Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang sudi singgah di Portal rasmi Politeknik Kuala Terengganu, dengan harapan semoga anda berpuas hati dengan hidangan-hidangan penuh berilmu yang terhidang didalamnya.

Sekian, terima kasih.

SUZANA BINTI MOHD ALI
Pengarah
Politeknik Kuala Terengganu

Carta Organisasi

underconstruction

Legasi Pengarah

legasi

PIAGAM PELANGGAN

1.   Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk mendaftar.
2.   Status tindakan terhadap aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa empat belas hari bekerja selepas aduan diterima.
3.   Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu selepas semester pengajian berakhir.
4.   Melaksanakan 100% penyeliaan ke atas semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri pada satu-satu semester.
5.   Melaksana proses penasihatan akademik bagi memastikan pelajar akan tamat pengajian dalam tempoh yang ditetapkan

VISI & MISI

VISI

Menjadi institusi TVET yang berkualiti dalam melahirkan modal insan holistik dan menjadi pilihan utama industri

MISI

Menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif bagi melahirkan modal insan holistik yang memenuhi keperluan industri

DASAR KUALITI

Dasar kualiti PKT adalah membangunkan potensi pelajar PKT ke arah kecemerlangan dalam  bidang Kejuruteraan Elektrik dan Teknologi Maklumat melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. PKT komited untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak semula secara berterusan bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.

OBJEKTIF KUALITI

Kecemerlangan Akademik
1.    Berusaha memastikan kadar kelulusan bagi setiap program pengajian diperingkat diploma tidak kurang daripada 95% bagi setiap semester.
2.    Berusaha memastikan sekurang-kurangnya 10% daripada pelajar yang lulus mencapai PNM 3.00 atau lebih untuk setiap program pengajian diperingkat diploma bagi setiap semester.

Kecemerlangan Staf
1.    Memastikan setiap staf menghadiri program/menjalani latihan sekurang-kurangnya 10 hari setahun.
2.    Membangunkan sekurang-kurangnya  lima kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D) dikalangan Pensyarah skim DH setahun.

Kecemerlangan Proses
Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan / mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan

Soalan Lazim

Bagaimanakah cara untuk menyemak syarat kemasukan ke PKT?

Sila layari https://www.mypolycc.edu.my untuk menyemak syarat kemasukan bagi program yang ditawarkan di PKT

Bagaimana permohonan kemasukan PKT boleh dikemukakan?


Bagi sesi Perdana (SESI I), permohonan kemasukan hanya melalui UPUOnline sahaja di Portal Rasmi Kemasukan: https://upu.mohe.gov.my

Bagi SESI II, permohonan kemasukan hanya melalui Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti di Portal Rasmi Kemasukan: http://ambilan.mypolycc.edu.my/

Adakah permohonan secara walk-in diterima di PKT?

Ya dan perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan (sila rujuk soalan 1).

Berapakah yuran pengajian di PKT?


Pecahan agihan yuran adalah seperti berikut :
1. Yuran Pengajian RM 200
2. Bayaran Pelbagai: maksimum RM 300 (Semester 1 sahaja)

Sekiranya permohonan saya tidak berjaya, bagaimanakah cara untuk membuat permohonan rayuan?

Bagi calon-calon yang ingin mengemukakan rayuan ke Politeknik atau Kolej Komuniti, permohonan boleh dibuat secara online di: http://ambilan.mypolycc.edu.my/ ATAU boleh hadir sendiri ke Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk mendapatkan khidmat nasihat secara percuma

Bolehkah saya bertukar program yang ditawarkan di PKT?

Tawaran adalah muktamad. Sebarang pertukaran hanya boleh dibuat setelah anda mendaftar sebagai pelajar semester 1 dan kelulusan pertukaran akan diumumkan pada semester pengajian yang berikutnya (semester 2).

Adakah kemudahan asrama disediakan di PKT?

Tidak. PKT tidak menyediakan kemudahan asrama buat masa ini, namun pihak kami akan membantu pelajar-pelajar baharu untuk mencari rumah sewa di sekitar PKT. Pelajar-pelajar boleh menghubungi pihak HEP untuk urusan berkenaan di talian 09-6322023

Adakah bantuan kewangan disediakan di PKT?

Tidak, namun bantuan kewangan daripada pelbagai agensi seperti PTPTN, JPA, Yayasan Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Baitulmal, Lembaga Zakat, KWSP dan sebagainya boleh dimohon melalui portal rasmi agensi terbabit.

Adakah PKT sebuah institusi pendidikan kerajaan?

Ya, Politeknik Kuala Terengganu (PKT) merupakan sebuah institusi penuh kerajaan di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Adakah lulusan sijil kemahiran boleh memohon untuk menyambung pengajian di Politeknik Kuala Terengganu?


Boleh. PKT menerima calon-calon yang mempunyai sijil-sijil berikut:
1. Sijil Politeknik.
2. Sijil Kolej Komuniti
3. Sijil Institut Kemahiran MARA (IKM)
4. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
5. Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3
Sila rujuk Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti bagi ketetapan syarat yang lebih terperinci (Mengikut Program) di http://ambilan.mypolycc.edu.my

Adakah Politeknik menyediakan cara yang mudah untuk menyemak kelayakan masuk ke Politeknik?

Ya, ada. Pemohon boleh membuat semakan dengan menggunakan aplikasi eSemak yang boleh dicapai melalui
http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp

  • Kemaskini Pada : Monday 26 February 2024.

Penafian

  • Politeknik Kuala Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman web ini.

Dasar Keselamatan

  • Perlindungan Data

    Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

  • Keselamatan Storan

    Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.