Program Sekampit Beras Sekilo Gula
13 April 2023 - Program Sekampit Beras Sekilo Gula telah diagihkan kepada pelajar, pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan golongan yang kurang berkemampuan di sekitar Daerah Kuala Terengganu. Sebanyak 113 buah bakul sumbangan telah diagihkan kepada mereka yang terlibat bagi mengurangkan beban perbelanjaan menjelang aidilfitri. Bakul ini adalah sepenuhnya hasil sumbangan wang daripada pelajar, kakitangan dan rakan strategik Politeknik Kuala Terengganu. Rata-rata penerima amat bersyukur dan terharu atas keprihatinan PKT menghulurkan bantuan. Bakul sumbangan telah disampaikan oleh Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, Pengarah Politeknik Kuala Terengganu dan hadir sama YM Dr. Tengku Azman bin Tengku Mohd (TPA) dan Encik Marzuki bin Hussain (TPSA) serta Sukarelawan YES PKT.
  • Kemaskini Pada : Monday 26 February 2024.

Penafian

  • Politeknik Kuala Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman web ini.

Dasar Keselamatan

  • Perlindungan Data

    Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

  • Keselamatan Storan

    Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.