Majlis Konvokesyen Politeknik Kuala Terengganu Kali Ke-19
25 September 2022 - Majlis Konvokesyen Politeknik Kuala Terengganu Kali Ke-19 menyaksikan penganugerahan diploma kepada seramai 446 orang graduan Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Para graduan terdiri daripada graduan Sesi Jun 2019 hingga Sesi 1:2021/2022. Majlis diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu yang disempurnakan oleh YBrs. Dr. Norhayati binti Zakaria, Pengarah Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Dalam majlis konvokesyen ini, Muhammad Shahrul Nizam bin Che Kah dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Pengarah yang merupakan anugerah utama dalam majlis ini. Beliau merupakan pelajar cemerlang yang berjaya mengharumkan nama Politeknik Kuala Terengganu di peringkat kebangsaan.
  • Kemaskini Pada : Monday 26 February 2024.

Penafian

  • Politeknik Kuala Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman web ini.

Dasar Keselamatan

  • Perlindungan Data

    Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

  • Keselamatan Storan

    Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.