PKT UNGGULI PERTANDINGAN PERSADA INOVASI PERHIDMATAN AWAM PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2017

Written by Super User. Posted in Uncategorised

 

 kik1  kik2

20 NOVEMBER 2017 – Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan Strikers XVI dari Politeknik Kuala Terengganu (PKT) kerana telah berjaya meraih Anugerah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu di Majlis Persada Inovasi Perhidmatan Awam Peringkat Negeri Terengganu dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM7,000, piala iringan dan piala pusingan menerusi ciptaan “Multipurpose Educational Electronic Board” (ME2 Board). Selain itu, penarafan projek menerusi Star Rating turut diperkenalkan pada pertandingan ini dan projek dari PKT telah berjaya mendapat 5 bintang sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,500. Pada majlis itu, hadiah disampaikan oleh Setiausaaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Wan Nawawi Bin Hj. Wan Ismail.
Pertandingan Persada Inovasi Perhidmatan Awam Peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung pada 18 hingga 20 November 2017 bertempat di dewan WISMA Negeri Terengganu. Sebanyak 24 kumpulan telah bertanding yang diwakili oleh agensi kerajaan negeri dan persekutuan dari pelbagai daerah di Negeri Terengganu.

 

Majlis Persada 2015

Written by Super User. Posted in Arkib

BERITA

Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2015 dengan tema Merealisasi Transformasi: Memperkasa Inovasi, Menjulang Produktiviti telah berlangsung pada 24-26 November 2015 di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC) Kuantan, Pahang Darul Makmur. Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Sekalung Tahniah dan Syabas kepada Pasukan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Politeknik Kuala Terengganu, Q7PRO++ yang telah dinobatkan Anugerah Ketua Pengarah MAMPU, Kementerian-Kategori Pengurusan dengan membawa pulang Wang Tunai RM5000, Piala dan juga Sijil menerusi projek Sistem e-TNT (MASALAH MEMPROSES TUNTUTAN PERJALANAN KAKITANGAN PKT).

Selain itu, pasukan ini juga berjaya menggondol Johan Kategori Pengurusan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Politeknik Malaysia 2015 anjuran Jabatan Pendidikan Politenik Malaysia serta menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Kementerian Pendidikan Malaysia 2015.

  • mohe
  • jpp
  • jpanew
  • mampunew
  • mdecnew
  • mscnew
  • Icon 08

qrcodepkt

 Paparan Terbaik

Firefox 7+ || Internet Explorer 9+ || Safari 5+ || Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Statistik Pengunjung

Hari Ini9
Semalam26
Minggu Ini9
Bulan Ini2022
Jumlah281567