Program Polikasih@Besut

Written by Super User. Posted in Arkib

Oleh : Nooraini Binti Che Aziz (PRO)

27 Ogos – Bertempat di Dataran Warisan Kampung Kubang Depu telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Program Polikasih@Besut dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 1 Hulu Besut dan J3K Kubang Depu. Program yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Nawi Bin Mohamad, ADUN Hulu Besut merangkap Exco Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu ini diadakan bersekali dengan Pelancaran MyBomba dan Bomba Komuniti Zon 1 Terengganu.

Laporan Penuh

Mesyuarat Kerjasama Strategik antara PKT dengan ABM Wilayah Timur

Written by Super User. Posted in Arkib

Oleh : Nooraini Che Aziz (PRO)


9 Ogos 2016 - Bertempat di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Kuala Berang telah diadakan mesyuarat kerjasama strategik antara Politeknik Kuala Terengganu (PKT) dengan ABM Wilayah Timur bagi membincangkan tentang peluang-peluang kolaborasi untuk meningkatkan kebolehpasaran dan peluang latihan kepada pelajar dan graduan PKT. Mesyuarat telah dihadiri oleh Pengarah PKT, Timbalan Pengarah (Akademik), Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Ketua Unit Latihan, Ketua Jabatan Elektrik, Pegawai Perhubungan Awam dan 4 orang pensyarah. Manakala pihak ABM Wilayah Timur diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, En.Maliki Bin Endut bersama-sama dengan 4 orang pegawai yang lain.

Laporan Penuh

Majlis sambutan hari raya warga PKT

Written by Super User. Posted in Arkib

Oleh : Nooraini Che Aziz (PRO)


3 Ogos - Kemeriahan Syawal 1437 Hijrah melabuhkan tirainya dengan majlis sambutan hari raya peringkat Politeknik Kuala Terengganu (PKT) yang disambut dengan cukup meriah sekali.
Walaupun sambutan adalah secara sederhana dan ringkas tetapi suasananya tetap meriah dengan kehadiran lebih 600 orang pelajar dan 150 orang staf PKT termasuk pensyarah dan kakitangan pentadbiran serta tetamu jemputan.

Laporan Penuh

Majlis Perasmian Karnival Keusahawanan Kebangsaan Politeknik Malaysia (K3PM) 2015

Written by Super User. Posted in Arkib

Majlis Perasmian Karnival Keusahawanan Kebangsaan Politeknik Malaysia (K3PM) 2015 telah berlangsung dengan meriah di Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 21 Ogos 2015. Perasmian disempurnakan oleh Y.B EXCO Roslee bin Daud dan turut sama Datuk Mohlis bin Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Hajjah Radiah Che Su, Pengarah Politeknik Kuala Terengganu. Selain itu Majlis Menandatangani Nota Persefahaman antara Politeknik Kuala Kuala Terengganu dengan Amamah Ikhjtiar Malaysia dan Politeknik Hulu Terengganu dengan Rakan Industri turut dilangsungkan.

  • mohe
  • jpp
  • jpanew
  • mampunew
  • mdecnew
  • mscnew
  • Icon 08

qrcodepkt

 Paparan Terbaik

Firefox 7+ || Internet Explorer 9+ || Safari 5+ || Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Statistik Pengunjung

Hari Ini82
Semalam88
Minggu Ini170
Bulan Ini1249
Jumlah283672