Majlis Apresiasi Warga Politeknik Kuala Terengganu dan Perhimpunan Bulanan Bilangan 1/2023
13 Februari 2023 - Sebentar tadi berlangsungnya Majlis Apresiasi Warga Politeknik Kuala Terengganu dan Perhimpunan Bulanan Bilangan 1/2023. Dalam majlis ini, Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, Pengarah Politeknik Kuala Terengganu telah menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga PKT atas kerjasama yang diberikan sepanjang tahun 2022. Beliau juga turut menyampaikan amanat YBhg. Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti agar semua warga POLYCC menjadi lebih mandiri, kalis cabaran masa hadapan serta mempunyai keboleh saingan yang tinggi selari dengan tema "POLYCC PEMACU NEGARA MADANI". Berkhidmatlah dengan sepenuh hati berdasarkan Prinsip 3K - Kebajikan, Keharmonian dan Keberkatan. Majlis ini turut meraikan persaraan Encik Yahya bin Ab. Rahman yang bersara wajib pada 20 Januari 2023 yang lalu. Seluruh warga PKT mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti yang telah diberikan.
  • Kemaskini Pada : Monday 26 February 2024.

Penafian

  • Politeknik Kuala Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman web ini.

Dasar Keselamatan

  • Perlindungan Data

    Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

  • Keselamatan Storan

    Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.