PerantiSiswa Keluarga Malaysia
18 Oktober 2022 - Pelajar Politeknik Kuala Terengganu ceria menerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang diagihkan kepada pelajar pada hari ini. Inisiatif ini merupakan kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertujuan membantu sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pelajar diingatkan agar menggunakan peranti yang diberikan dengan sebaik mungkin dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara. Tempoh jaminan peranti adalah selama dua tahun. Sebarang kerosakan boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PKT. Penyerahan peranti telah dilakukan oleh YM Dr. Tengku Azman bin Tengku Mohd, Timbalan Pengarah Akademik. Turut hadir sama Encik Marzuki bin Hussain, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Encik Mohd Zailani bin Sulong, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PKT.
  • Kemaskini Pada : Monday 26 February 2024.

Penafian

  • Politeknik Kuala Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman web ini.

Dasar Keselamatan

  • Perlindungan Data

    Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

  • Keselamatan Storan

    Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.