Perhimpunan Bulanan Bil. 4/2022 Politeknik Kuala Terengganu dan Pelancaran Center Of Technology (COT)
22 Ogos 2022
Telah diadakan Perhimpunan Bulanan Bil 4/2022 PKT yang dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE). Majlis dimulakan dengan lafaz ikrar perkhidmatan awam yang dipimpin oleh Encik Mohd Hafizuddin bin Ibrahim. Seterusnya tazkirah bertajuk Hijrah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zuky bin Hanafi dan slot dari Unit Pentadbiran telah disampaikan oleh Puan Rosnani binti Dollah. Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian amanat yang disampaikan oleh Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, Pengarah PKT. Dalam ucapannya, beliau berpesan terdapat 4 ciri untuk menjadi Pegawai yang berjaya: 1) Jangan berputus asa pada rahmat Allah 2) Jangan bersedih dan berdukacita saat menghadapi ujian 3) Jangan bersikap lemah 4) Sentiasa bersangka baik dengan Allah Dalam majlis ini juga turut diadakan Pelancaran Center of Technology (DTechC) PKT yang menyasarkan penarafan 2 bintang dalam tempoh 5 tahun akan datang. Selain itu, dalam majlis ini juga turut meraikan Puan Hajah Nik Roslini binti Nik Ibrahim yang akan menamatkan perkhidmatannya pada 2 September 2022 dan Ts. Haji Syed Ahmad Nasrie bin Sayed Abdullah yang telah bertukar ke Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Pengarah dan seluruh warga PKT mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan kepada PKT.
  • Kemaskini Pada : Monday 26 February 2024.

Penafian

  • Politeknik Kuala Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman web ini.

Dasar Keselamatan

  • Perlindungan Data

    Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

  • Keselamatan Storan

    Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.