Majlis Penutup Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu Sesi 1:2022/2023 Politeknik Kuala Terengganu
18 Ogos 2022
Hari ini berlangsungnya Majlis Penutup Minggu Suai Kenal (MSK) Pelajar Baharu Sesi I 2022/2023 Politeknik Kuala Terengganu. Sepanjang tiga hari MSK dijalankan, para pelajar telah diberikan taklimat dari Jabatan dan Unit sebagai persediaan pelajar bergelar mahasiswa. Sesi 'ice-breaking' telah menjadikan pelajar baharu lebih mesra berkomunikasi antara satu sama lain dalam aktiviti berkumpulan yang dijalankan. Perasmian Penutup disempurnakan oleh Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, Pengarah PKT. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Timbalan-Timbalan Pengarah dan Pegawai Kanan, PKT. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu dengan kerjasama MPP PKT dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan Hari Pendaftaran Pelajar dan Minggu Suai Kenal berjalan dengan lancar. TAHNIAH PELAJAR BAHARU DAN SELAMAT DATANG KE PKT!!
  • Kemaskini Pada : Monday 26 February 2024.

Penafian

  • Politeknik Kuala Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman web ini.

Dasar Keselamatan

  • Perlindungan Data

    Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

  • Keselamatan Storan

    Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.