Saya nak memohon masuk ke politeknik. Apa yang perlu saya buat?
Adakah politeknik menawarkan program sijil?
Di manakah saya hendak mendapatkan PIN Politeknik?
Berapa kalikah pengambilan Pelajar ke Politeknik dalam setahun?
Bagaimanakah cara memohon jawatan tenaga pengajar di politeknik?
Bolehkah saya membuat lebih dari satu permohonan?
Bagaimanakah Saya Boleh Mengetahui Keputusan Permohonan?
Apakah Tindakan Politeknik Sekiranya Saya Tersalah Memberi Maklumat Semasa Membuat Permohonan?
Bilakah Iklan Kemasukan Ke Politeknik Disiarkan?
Saya Lulusan Sijil Kolej Komuniti, Apakah Syarat Yang Membolehkan Saya Melanjutkan Pengajian Ke Peringkat Diploma Di Politeknik?
Soalan Lazim
Permohonan hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web www.politeknik.edu.my
Tidak. Politeknik hanya menawarkan program diploma dan diploma lanjutan sahaja.
Sila dapatkannya di mana-mana Bank Simpanan Nasional pada harga RM6.
Pengambilan pelajar ke politeknik diadakan sebanyak dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Julai dan Januari. Permohonan boleh dibuat pada bulan Mac dan Oktober setiap tahun.
Pengambilan tenaga pengajar politeknik diurus oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia. Sila layari www.spp.gov.my untuk maklumat lanjut.
Calon hanya dibenarkan membuat satu permohonan sahaja bagi setiap sesi kemasukan. Setiap calon diberikan dua pilihan kursus untuk dipohon. Walau bagaimanapun calon dibenarkan untuk membuat semakan atau pindaan maklumat dari semasa ke semasa hingga tarikh tutup permohonan.
Keputusan permohonan boleh disemak melalui kaedah berikut:
1. Sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip :
POLI<jarak>nombor kad pengenalan tanpa '-' dan hantar ke 39911.
2. Laman web www.politeknik.edu.my. atau
3. Menghubungi mana-mana politeknik.
Segala maklumat yang diberikan semasa permohonan mestilah disemak dengan teliti. Segala maklumat akan dinilai dan memberi merit dalam penawaran kepada calon. Kesalahan maklumat yang diberikan boleh menyebabkan tawaran ditarik semula pada bila-bila masa walaupun calon telah mendaftar di politeknik.
Iklan permohonan kemasukan ke politeknik disiarkan dua (2) kali setahun iaitu pada awal bulan Mac dan pertengahan bulan Oktober
Pemohon mesti tamat pengajian di peringkat sijil kolej komuniti. Memiliki HPNM sekurang-kurangnya 2.90 dan 1 tahun pengalaman selepas tamat pengajian di peringkat sijil kolej komuniti. Jika HPNM kurang daripada 2.90, pemohon mestilah mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun.