Majlis Perasmian Program Touch Point Cabinet Away Day 2017

Written by Super User. Posted in Arkib

02 JANUARI 2018 - Pada hari ini telah berlangsung Majlis Perasmian Program Touch Point Cabinet Away Day 2017, Politeknik Kuala Terengganu bersama Parlimen Marang yang dirasmikan oleh En. Tahar bin Sulong, Timbalan Pengerusi Penyelaras Dun Pengkalan Berangan 1 mewakili YB Hj. A. Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Terengganu merangkap ADUN Pengkalan Berangan bertempat di Kg.Kenanga, Marang.

PKT telah diberi tanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja baik pulih rumah secara berfasa di rumah-rumah terpilih di sekitar Parlimen Marang yang melibatkan 4 buah DUN iaitu DUN Bukit Payung, DUN Alor Limbat, DUN Rhu Rendang dan DUN Pengkalan Berangan. Bagi fasa pertama yang berlangsung pada Oktober hingga November yang lalu, PKT telah berjaya menyiapkan sebanyak 12 buah rumah yang mensasarkan 3 buah rumah bagi setiap DUN. Kos keseluruhan bagi fasa pertama adalah sebanyak RM60,000.00

Secara keseluruhan sebanyak 34 buah rumah disasarkan untuk dibaik pulih di Parlimen Marang dan bagi fasa kedua sebanyak 22 buah rumah lagi diperuntukkan dan sebahagiannya adalah di Dun Pengkalan Berangan. Fasa kedua telah berlangsung sejak awal Disember lagi dan dijangka akan berakhir pada pertengahan Januari ini. Sehingga hari ini sebanyak 15 buah rumah telah berjaya dibaik pulih dan rumah yang terpilih untuk majlis perasmian pada hari ini merupakan rumah yang ke-16 untuk fasa kedua. Nama-nama peserta yang terpilih diperoleh dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan mereka ini adalah berdaftar dengan E-Kasih. Kos keseluruhan bagi fasa kedua ini menelan belanja sebanyak RM110,000.00

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

 

KERATAN AKHBAR

 

  • mohe
  • jpp
  • jpanew
  • mampunew
  • mdecnew
  • mscnew
  • Icon 08

qrcodepkt

 Paparan Terbaik

Firefox 7+ || Internet Explorer 9+ || Safari 5+ || Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Statistik Pengunjung

Hari Ini83
Semalam88
Minggu Ini171
Bulan Ini1250
Jumlah283673