Perutusan Pengarah

Assalamualaikum wbt & Salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT. kerana masih lagi memberi ruang dan peluang untuk saya menitip sepatah dua kata dalam ruangan portal Rasmi Politeknik Kuala Terengganu.

Portal ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan Politeknik Kuala Terengganu(PKT) kepada masyarakat umum  secara maya yang boleh diakses di mana-mana sahaja sehingga ke peringkat antarabangsa berhubung perkembangan pendidikan pengajian tinggi khususnya dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional(TVET) yang menjadi tunjang kepada institusi Politeknik. Saya amat berharap melalui portal ini ianya dapat menjadi laman interaktif antara semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang pendidikan yang mana sekaligus dapat meningkatkan tahap penerokaan ilmu dalam pelbagai bidang.

Saya yakin dan percaya portal ini yang dibekalkan dengan pelbagai cabang ilmu yang terkandung di dalamnya akan dapat membantu semua pihak samada pelajar, pensyarah, ibu bapa atau orang awam yang mengunjungi portal ini dalam usaha untuk mendapatkan input-input yang berguna. Adalah diharap juga pengunjung yang melayari laman sesawang ini akan dapat mengetahui fungsi dan peranan Politeknik dalam melahirkan tenaga mahir lagi kompeten dalam bidang teknikal.

Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang sudi singgah di Portal rasmi Politeknik Kuala Terengganu, dengan harapan semoga anda berpuas hati dengan hidangan-hidangan penuh berilmu yang terhidang didalamnya.

Sekian, terima kasih.

Hajjah Radiah Binti Che Su, A.M.T.
Pengarah
Politeknik Kuala Terengganu

  • mohe
  • jpp
  • jpanew
  • mampunew
  • mdecnew
  • mscnew
  • Icon 02
  • Icon 08

qrcodepkt

 Paparan Terbaik

Firefox 7+ || Internet Explorer 9+ || Safari 5+ || Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Statistik Pengunjung

Hari Ini374
Semalam539
Minggu Ini1309
Bulan Ini4542
Jumlah205259