Pengenalan
Selaras dengan Dasar sukan KPT , Unit Sukan dan Kokurikulum telah ditukar kepada Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan bagi meningkatkan fungsi dan peranannya di Politeknik. Jabatan ini diberi tanggungjawab untuk mengurus dan menyelaraskan kursus Kokurikulum dan aktiviti extra-kokurikulum pelajar di Politeknik ini.
Kursus kokurikulum melibatkan pelajar Sem 1 dan Pelajar sem 2 yang mana pelajar wajib mendaftar dan mengikuti kursus AR101 (kokurikulum 1) dan AR201 (kokurikulum 2). Kursus ini akan dilaksanakan dan dinilai secara teori dan praktikal oleh pensyarah kokurikulm. Pelajar wajib lulus kursus ini sebagai syarat untuk dianugerah Diploma Politeknik.
Kursus ini merupakan sebahagian daripada kursus di Jabatan induk dan dilaksanakan oleh pensyarah-pensyarah yang dilantik oleh ketua Jabatan masing-masing. Pendaftaran kursus akan dilaksanakan diawal semester. Pelaksanaan aktiviti kursus ini juga perlu mematuhi kehendak dan keperluan MS ISO 9001:2008 . Kurikulum kokurikulm terkini dan telah dugfunapakai adalah mengikut kehendak OBE(Outcome Base Education) dan MQA.
Selain daripada mengurus kursus Kokurikulum, Jabatan ini juga bertanggungjawab menyelaras dan melaksanakan aktiviti extra-kokurikulm (sukan/kelab / persatuan dan Kebudayaan) seperti karnival Sukan, Liga Bolasepak KPT, Liga Futsal IPT, Kayak dan sebagainya.
Pelajar-pelajar yang mempunyai potensi dan bakat dalam sukan, kelab dan kebudayaan akan dipilih untuk mewakili Politeknik Kuala Terengganu untfuk menyertai mana-mana kejohanan anjuran Majlis Sukan Politeknik dan juga jemputan daripada institusi/Agensi pendidikan dibawah Kementerian Pengajian tinggi Malaysia. Pelajar-pelajar yang cemerlang sukan bukan sahaja berpeluang mewakili Politeknik bahkan akan ditawarkan biasiswa sukan untuk membantu bersaing diperingkat kebangsaan dan juga antarabangsa.
Pelajar-pelajar yang mempunyai bakat dan pengalaman dalam sukan/kelab/persatuan dan kebudayaan diminta merujuk ke jabatan Sukan kokurikulum dan kebudayaan sekiranya berminat menyertai mana-mana aktiviti diPoliteknik. Anugerah Kecemerlangan sukan akan disediakan dari masa ke semasa kepada pelajar yang telah member sumbangan dalam aktiviti Sukan di Politeknik ini.