Oleh : Nooraini Binti Che Aziz (PRO)
27 Ogos – Bertempat di Dataran Warisan Kampung Kubang Depu telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Program Polikasih@Besut dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 1 Hulu Besut dan J3K Kubang Depu. Program yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Nawi Bin Mohamad, ADUN Hulu Besut merangkap Exco Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu ini diadakan bersekali dengan Pelancaran MyBomba dan Bomba Komuniti Zon 1 Terengganu.