Pengenalan
Unit Pengurusan Psikologi adalah sebuah unit yang menjalankan perkhidmatan berteraskan tiga aspek penting dalam pembangunan manusia iaitu mental, fizikal dan emosi. Unit ini merupakan Unit Sokongan Akademik yang berperanan dalam membantu membentuk pembangunan insaniah. Perkhidmatan yang disediakan adalah berfokus kepada Psikologikal, Kaunseling dan Kerjaya kepada semua warga Politeknik Kuala Terengganu terutama kepada pelajar dan kakitangan.
Misi
Menyediakan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berlandaskan prinsip-prinsip psikologi untuk klien yang terdiri daripada semua warga Politeknik Kuala Terengganu (PKT).
Visi
Berusaha untuk memberikan Perkhidmatan Bimbingan, Kaunseling dan kerjaya yang profesional bagi meningkatkan taraf psikologi klien melalui Program Pembangunan, Pengembangan, Pencegahan dan Pemulihan/Intervensi
Fungsi Utama:
Memberikan bantuan kaunseling kepada pelajar dan staf dari semasa ke semasa
Mendedahkan pelajar kepada prospek kerjaya selepas tamat belajar
Menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan sahsiah dan jati diri pelajar
Jenis Perkhidmatan:
Akademik
Kerjaya
Psikososial
Peribadi
Keluarga
Perkhidmatan yang disediakan:
Kaunseling/Bimbingan Individu
Kaunseling/Bimbingan Kelompok
Kaunseling/Bimbingan Kerjaya
Kaunseling/Bimbingan Keluarga
Kaunseling/Bimbingan Organisasi
Pengujian dan Penaksiran Psikologi
Ceramah/ Bengkel/Seminar Psikologi dan Kerjaya
Perundingan dan Konsultasi
Intervensi Krisis
Bidang Psikologi
Membantu melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan berdasarkan pendekatan Psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi. |
Membantu membina modul Pembangunan Modal Insan |
Membantu melaksanakan aktiviti pemantauan, penyelidikan dan kajian pembangunan modal insan |
Membantu memberi khidmat rundingan berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling |
Membantu membangun, mentadbir dan menyediakan laporan ujian psikologi |
Membantu memberi input psikologi untuk tujuan pembangunan, pencegahan dan pemulihan |
Membantu mengurus pegawai berprestas rendah dan bermasalah |
Dalam bidang Kaunseling
Melaksanakan aktiviti kaunseling yang merangkumi aspek pertumbuhan dan perkembangan, intervensi, pencegahan dan pemulihan |
Menjalankan khidmat kaunseling secara individu dan kelompok, kaunseling kerjaya, bimbingan, khidmat perundingan dan intervensi krisis. |
Menyediakan laporan berkaitan aktiviti perkhidmatan kaunseling |
Menyediakan laporan pemantauan dan siasatan bagi tujuan rekod, pelaporan dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan kaunseling sedia ada. |
Menyelenggara, menyimpan dan mengedar alat-alat ujian dan inventori psikologi; dan |
Menyediakan cadangan keperluan alat-alat ujian dan inventori psikologi yang sesuai. |
Dalam bidang kerjaya
Menjalankan khidmat nasihat dan bimbingan kerjaya kepada pelajar |
Menyediakan laporan berkaitan aktiviti perkhidmatan kerjaya |
Membantu memberi input kerjaya dan maklumat pasaran kerja untuk tujuan pembangunan, pendedahan dan persediaan dalam memasuki alam pekerjaan. |
Membantu melaksanakan aktiviti pemantauan, penyelidikan dan kajian perkembangan kerjaya. |
Menjalankan aktiviti berkaitan seminar, ceramah, bengkel, kursus dan program berbentuk info berkaitan kerjaya. |
Percayalah Kaunselor ANDA
Akan perihatin dan sentiasa bersedia menerima anda tanpa syarat |
Sanggup menerima semula persoalan anda |
Merahsiakan segala maklumat peribadi anda |
Menghormati anda sebagai seorang individu |
Boleh berjumpa anda pula bila-bila masa sekiranya penting dan terdesak |
Mempunyai latihan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang boleh membantu anda menghadapi dan melegakan masalah anda. |
Waktu perkhidmatan : | Ahad - Rabu : 9.00 pagi hingga 4.00 petang |
Khamis : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari |
Bagaimana cara untuk berjumpa Pegawai Psikologi/Kaunselor anda:
Datang seorang atau dengan kawan-kawan anda |
Datang secara terus ke Unit Pengurusan Psikologi untuk membuat temujanji mengikut masa yang diperlukan |
Isi borang janji temu yang disediakan di jabatan-jabatan anda |
Buat temujanji dengan pegawai anda melalui talian, iKaunselor |
Meminta pertolongan Penasihat Akademik (PA) anda untuk merujuk anda menjalani sesi kaunseling |
Boleh hubungi kami di talian :
Pn Wan Norisah Wan Musa – 013-9042644
Pn Sanisah Azerai - 019-7516679
Lokasi kami:
Unit Pengurusan Psikologi
Tingkat 2, Bangunan JPA (di atas kedai kasut Al-Ehsan)
Politeknik Kuala Terengganu