Unit Perpustakaan

PENGENALAN

Perpustakaan Politeknik Kuala Terengganu (PKT) berperanan sebagai pusat penyediaan sumber maklumat pendidikan, pembelajaran, dan pengajaran khusus kepada pelajar, dan staf PKT. Perpustakaan ini terletak di bahagian tengah kampus dan menjadi lokasi yang sangat strategik sebagai pusat tumpuan warga PKT. Dengan keluasan 1,816 meter persegi, ia mampu menampung kapasiti pengguna seramai 70 orang.
Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan dan rujukan berdasarkan bidang pengajian yang ditawarkan di Perpustakaan Politeknik  Kuala Terengganu. Jenis koleksi yang terdapat adalah dari bahan-bahan teknikal dan akademik serta pembacaan ringan. Di samping kepelbagaian bahan bacaan, perpustakaan ini juga menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada pengguna.
Pada tahun 2014, Perpustakaan PKT mula menggunakan Sistem Pengurusan Perpustakaan ILMU (Integrated Library Management Utility). Sistem ini menyediakan OPAC (Online Public Access Catalog) bagi membantu pengurusan perpustakaan mengumpul, merekod, menyimpan dan membantu pengguna mencari bahan bacaan di perpustakaan. Sehingga Disember 2016, koleksi terkini di Perpustakaan PKT adalah sebanyak 11,816 judul atau 16,620 naskah.

WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

i.    Waktu perkhidmatan biasa dan cuti semester:

HARI WAKTU OPERASI
Ahad – Rabu 8.30 Pagi – 4.45 Petang
Khamis 8.30 Pagi – 3.15 Petang
TUTUP Jumaat, Sabtu & Cuti Am

   
ii.    Sesi bulan peperiksaan:

HARI WAKTU OPERASI
Ahad – Khamis 8.30 Pagi – 8.00 Malam
Sabtu 10.00 Pagi – 4.00 Petang
TUTUP Jumaat & Cuti Am

 

KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN
Beberapa kemudahan dan perkhidmatan ditawarkan di PKT sepertimana institusi pendidikan lain dan ia sentiasa ditambah baik bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada seluruh warga PKT.

1.    Ruang Bacaan Terbuka
Ruang bacaan terbuka di perpustakaan PKT boleh memuatkan 60 orang pengguna dalam satu-satu masa. Meja bacaan untuk enam dan empat pengguna disediakan. Ruang ini juga digunakan sebagai kelas, aktiviti kempen derma darah, pendaftaran pelajar baru, pusat mengundi perwakilan pelajar PKT dan bengkel untuk literasi maklumat.

2.    Terminal Katalog Perpustakaan (OPAC)
Pengguna boleh mengakses bahan perpustakaan melalui Terminal Katalog Perpustakaan (OPAC)  yang disediakan. Melalui Terminal Katalog Perpustakaan (OPAC) ini, pengguna boleh membuat carian rekod buku dan status bahan tersebut di perpustakaan. Terminal ini dijadikan sebagai kiosk di mana di dalamnya juga disediakan video panduan penggunaan OPAC.

3.    Bilik Pencarian Maklumat (IT)
Perpustakaan PKT menyediakan tujuh buah komputer yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mengakses internet secara percuma dan di tempatkan di bilik berasingan. Pelajar juga boleh menggunakan komputer ini untuk membuat tugasan kuliah dan mendapatkan bahan e-journal Emerald dan e-book Emerald yang disediakan oleh Unit Perpustakaan.

4.    Program Latihan dan Pembangunan
Program latihan dan pembangunan bagi pelajar dan kakitangan sentiasa dirangka bagi memastikan pengguna mendapat kemahiran terutama di dalam pencarian dan penggunaan maklumat. Antara program latihan yang dilaksanakan di Perpustakaan PKT adalah Bengkel Literasi Maklumat; Bengkel Penggunaan OPAC; Bengkel Pengkelasan.

5.    Pinjaman dan Pemulangan Buku
Pelajar dan kakitangan PKT adalah secara automatiknya menjadi ahli perpustakaan PKT. Kemudahan pinjaman dan pemulangan buku adalah sepertimana jadual.

BAHAN 
PERPUSTAKAAN

PELAJAR   PKT

STAF   PKT

TEMPOH PINJAMAN

HAD PINJAMAN

TEMPOH PINJAMAN

HAD PINJAMAN

Buku

2  minggu

4  naskah (termasuk novel)

4  minggu/ 6 bulan/ 12 bulan

8  naskah (termasuk novel)

buku Redspottidak dibenarkan untuk    pinjaman.

 

1  minggu

2 naskah

1  minggu

2 naskah

Novel

Majalah

~

~

4 hari

2 naskah

(bulan semasa tidak dibenarkan pinjam) 

( boleh dibawa keluar  hanya untuk fotostat sahaja dgn meninggalkan Kad Pelajar & dikembalikan semula pada hari yg. sama.)

( hanya hari Khamis-Ahad sahaja dibenarkan membuat pinjaman)

CD Modul

~

~

1  minggu

2 unit

 

( Kegunaan Dalaman Sahaja.)

Koleksi Soalan Peperiksaan Lepas

~

~

1  minggu

2 naskah

&  Kamus

( Kegunaan Dalaman Sahaja.)

 

6.    Loker
Pengguna boleh menyimpan barangan peribadi di dalam loker yang disediakan berhampiran pintu masuk perpustakaan. Sebanyak 24 unit loker disediakan.

7.    WIFI percuma
Perkhidmatan di Perpustakaan diperluaskan lagi dengan menyediakan perkhidmatan WIFI percuma kepada pelajar dan staf PKT. Berikut ialah kata laluan untuk WIFI percuma di Perpustakaan:-     PS_AP1    PsPKT9876

8.    Rangkaian Pangkalan Data Perpustakaan Negara Malaysia
Perpustakaan Negara Malaysia telah menyediakan beberapa perkhidmatan dalam menggalakkan penyebaran maklumat dan pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat sejajar dengan hasrat a untuk membentuk komuniti yang berilmu. Antara pangkalan data yang disediakan ialah:-
 
1.    Lawnet ( E-Rujukan )
2     Emerald ( E-Jurnal )
3     Bernama Library and Infolink Services ( E-Surat Khabar )
4     Overdrive ( E-Buku )
5     Zinio ( E-Malaysia )
6     World eBook Library ( E -buku )
7     Score A Programme ( E-Pembelajaran )
8     Business Monitor Online ( E-Rujukan )
9     Encyclopedia Britannica Online ( E-Rujukan )
10     PNM E-Lib ( E-Buku )
11     World Almanac Online ( E-Rujukan )
12     World Almanac Kids ( E-Rujukan )
13     Library Press Display ( E-Surat Khabar )
14     Ebrary ( E-Buku )
15     NSTP E-Media ( E-Berita )
16     Ebschost ( E-Jurnal & E-Buku )
17     Travel 42 : The Professional Tourism Guides ( E-Rujukan )
18     Islamic Finance News ( E-Rujukan )
19     National Geographic Virtual Library ( E-Majalah )
20     Rosen Digital ( E-Rujukan )
21     Alexander Street Press ( E-Surat Khabar )
22     E-Law ( E-Rujukan )
23     IG Library ( E-Buku )

JUMLAH KOLEKSI RUJUKAN DI PERPUSTAKAAN PKT PADA 2016
1. Koleksi Umum                     (Monograf = 17269 Naskah)
2. Koleksi Rujukan  
3. Koleksi Terbitan PKT
4. Koleksi Khas:       
· Keratan Akhbar
· Prospektus universiti luar negeri / IPTA
· Laporan Tahunan Organisasi Luar & Dalam
· Surat Khabar (New Straits Times, Utusan Malaysia, Berita Harian, Sinar)
· Majalah
5. Koleksi Audio Visual
· CD-ROM, DVD
· Pita Video
· Kaset.
6. Kamus Elektronik BESTA (40 Unit)

AKTIVITI SEPANJANG  TAHUN 2016

Bil.

Tarikh

Aktiviti

Catatan

1

21 Januari 2016

Bengkel Kaedah Pencarian Maklumat Dalam Bahan Rujukan

SK Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu

2

31 Mac 2016

Bengkel Kaedah Pencarian Maklumat Dalam Bahan Rujukan: Kamus dan Ensiklopedia dalam Menjana PdP Abad-21.

SK Seberang Takir, Kuala Terengganu

3

04 April 2016

Kempen Galakan Membaca Peringkat Negeri Terengganu

SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu

4

11 April 2016

Kursus Pendek Cara Mudah Menggunakan Kamus

SM Kompleks Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu

5

17 April 2016

Pertandingan Tokoh Nilam Guru Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2016

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.

6

25 April 2016

Jom Baca Bersama 10 Minit : Resensi Tafsir Al-Quran

Unit Perpustakaan PKT

7

03-04 Mei 2016

Bengkel Pengelasan Buku “ Library of Congress Classification”

Unit Perpustakaan PKT

8

11-12 Mei 2016

Bengkel Fail Meja Unit Perpustakaan

Unit Perpustakaan PKT

9

29 Jun 2016

Satu Jam Bersama Al-Quran & Program Kacau Bubur Lambuk

Anjung Ilmu PKT

10

13 Julai 2016

Simulasi Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan (APSSK) Tahun 2016 Kategori Sekolah Menengah

SM Sains Sultan Mahmud Kuala Nerus, Terengganu

11

16 Julai 2016

Simulasi Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan (APSSK) Tahun 2016 Kategori Sekolah Rendah

SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu

12

04 Oktober 2016

Program Nilam: Aktiviti Galakan Membaca

 

SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu

13

06 &13 Oktober 2016

Gotong-Royong Eksa Unit Perpustakaan Siri 1

Unit Perpustakaan PKT

14

02-03 November 2016

Kursus Pertengahan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Untuk Guru Perpustakaan dan Media Negeri Terengganu 2016

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.

15

07-10 November 2016

Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Untuk Guru Perpustakaan dan Media Negeri Terengganu 2016

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.

  • mohe
  • jpp
  • jpanew
  • mampunew
  • mdecnew
  • mscnew
  • Icon 02
  • Icon 08

qrcodepkt

 Paparan Terbaik

Firefox 7+ || Internet Explorer 9+ || Safari 5+ || Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Statistik Pengunjung

Hari Ini374
Semalam539
Minggu Ini1309
Bulan Ini4542
Jumlah205259