Unit Perhubungan Dan Latihan Industri

PENGENALAN

Program Latihan Industri memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan kepada pelajar politeknik ke alam industri yang sebenar. Penekanan yang diberikan meliputi personaliti, komunikasi, etika dan peraturan, pendedahan dan pengurusan laporan. Pelaksanaan program ini akan memastikan produk yang dihasilkan nanti akan dapat memasuki pasaran kerja diperingkat tempatan dan global.

Bagi memantapkan program latihan industri pelajar, modul softskill telah diperkenalkan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang merupakan sebahagian daripada latihan industri. Pelajar yang mengikuti kursus peringkat sijil di Politeknik Kuala Terengganu akan mengikuti modul ini di semester 2. Pelaksanaan modul softskills ini adalah melalui gabungan kaedah perbincangan dalam kumpulan , pengajaran , lakon peranan dan simulasi.

Dalam tempoh satu semester (semester 3) pelajar akan mempraktikkan ilmu "softskill" di industri. Ini akan memberikan keyakinan yang tinggi kepada pelajar dalam proses pembelajaran di industri.
Objektif Latihan Industri

Objektif Latihan Industri adalah seperti berikut:

1. Membina personaliti individu yang positif
2. Berkomunikasi dengan berkesan
3. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik
4. Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan
5. Menghasilkan laporan latihan industri

Objektif Latihan Industri

Bertanggungjawab mengurus hal-hal berkaitan latihan industri pelajar.
 
Lain-lain fungsinya ialah:
i) Mencari tempat-tempat latihan untuk pelajar
ii) Menilai kesesuaian tempat dengan pengajian
iii) Mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan firma bagi mencari kaedah terbaik untuk pelajar mendapat sebanyak mungkin pengalaman dan pengetahuan dari tempat latihan

  • mohe
  • jpp
  • jpanew
  • mampunew
  • mdecnew
  • mscnew
  • Icon 02
  • Icon 08

qrcodepkt

 Paparan Terbaik

Firefox 7+ || Internet Explorer 9+ || Safari 5+ || Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Statistik Pengunjung

Hari Ini368
Semalam539
Minggu Ini1303
Bulan Ini4536
Jumlah205253