UNIT PENTADBIRAN
Unit Pentadbiran dan Kewangan adalah sebuah unit yang bertanggungjawab menjadi peneraju penggerak kepada aktiviti Politeknik serta penjana kepada semua aktiviti pentadbiran yang merangkumi perkhidmatan, perjawatan dan pentadbiran am serta hal ehwal kewangan. Ia juga berfungsi dalam mengawal dan menguruskan perbelanjaan mengurus dan pembangunan sumber manusia mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan setiap masa.
KEMUDAHAN
Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Unit Pentadbiran dan Kewangan adalah seperti berikut:-
· Bilik Persidangan yang boleh memuatkan seramai hampir 30 orang pada satu –satu masa. Kebanyakkan mesyuarat –mesyuarat utama politeknik diadakan di sini.
· Sebuah Bilik Fail di Unit Pentadbiran dan Kewangan bagi menempatkan Fail-Fail Sulit di bawah seliaan Pembantu Tabdir Perkeranian dan Operasi.
· Bilik –bilik yang lainnya ialah :
Ø Bilik Pejabat Puan Pengarah
Ø Bilik Pejabat Timbalan Pengarah Akademik
Ø Bilik Pejabat Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
Ø Bilik Pejabat Pegawai Perhubungan Awam
Ø Bilik Pejabat Pegawai Eksekutif Tertinggi
Ø Bilik Pejabat Penolong Akauntan
Ø Bilik Tandas (Lelaki) dan (wanita)
JADUAL PERKHIDMATAN
Waktu berurusan rasmi di kedua-dua unit adalah dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang.