Unit Pembangunan dan Senggaraan

 

 kik1  kik2

20 NOVEMBER 2017 – Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan Strikers XVI dari Politeknik Kuala Terengganu (PKT) kerana telah berjaya meraih Anugerah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu di Majlis Persada Inovasi Perhidmatan Awam Peringkat Negeri Terengganu dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM7,000, piala iringan dan piala pusingan menerusi ciptaan “Multipurpose Educational Electronic Board” (ME2 Board). Selain itu, penarafan projek menerusi Star Rating turut diperkenalkan pada pertandingan ini dan projek dari PKT telah berjaya mendapat 5 bintang sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,500. Pada majlis itu, hadiah disampaikan oleh Setiausaaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Wan Nawawi Bin Hj. Wan Ismail.
Pertandingan Persada Inovasi Perhidmatan Awam Peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung pada 18 hingga 20 November 2017 bertempat di dewan WISMA Negeri Terengganu. Sebanyak 24 kumpulan telah bertanding yang diwakili oleh agensi kerajaan negeri dan persekutuan dari pelbagai daerah di Negeri Terengganu.

 

qrcodepkt

  • Kemaskini pada : Tuesday 06 October 2020, 14:11:57.

 Paparan Terbaik

Firefox 7+ || Internet Explorer 9+ || Safari 5+ || Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Statistik Pengunjung

Hari Ini171
Semalam238
Minggu Ini171
Bulan Ini4612
Jumlah342926