Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan

Pengenalan

Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan merupakan satu unit di Politeknik Kuala Terengganu yang bertanggungjawab untuk mengelolakan kursus – kursus dalam perkhidmatan (KUDAP) untuk seluruh kakitangan PKT, menguruskan penggunaan kemudahan yang tersedia ada di PKT secara pakej serta mengelolakan Program Penswastaan Sektor Masa (Time Time Sector Privatisation).

Time Sector Privatisation (TSP) boleh dibahagi kepada tiga (3) jenis iaitu, Kursus Secara Sambilan, Kursus Terlanggan dan Kursus Pendek. Program yang dijalankan adalah berdasarkan konsep ‘Life Long Learning’ (PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT)
i. Kursus Secara Sambilan ( KSS )
KSS ditakrifkan sebagai program diploma separuh masa politeknik yang dilaksanakan pada luar waktu pejabat atau hujung minggu. Program ini memberi peluang kepada mereka yang sedang bekerja untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan kelayakan.

ii. Kursus Terlanggan ( Customized Course )
Kursus Terlanggan adalah kursus yang dikelola dan dianjurkan oleh politeknik berdasarkan permintaan dan keperluan pihak luar atau industri. Melalui permintaan dan perbincangan industri dan Politeknik melalui fungsi Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) akan menghasilkan satu penganjuran latihan khas di mana kandungan program dibangunkan oleh Politeknik berdasarkan keperluan industri.

iii. Kursus Jangka Pendek ( Short Course )
Kursus Jangka Pendek merupakan kursus yang dibangun dan ditawarkan oleh politeknik melalui fungsi ULPL kepada pihak luar dan industri bagi tujuan meningkatkan kemahiran dan tenaga kerja, mahupun kepada orang awam sebagai satu inisiatif sendiri untuk mendapat dan menambahkan pengetahuan atau untuk meningkatkan kemahiran sedia ada. Kursus-kursus ini akan dirancang berdasarkan kemahiran dan kepakaran tenaga pengajar yang terdapat di jabatan-jabatan akademik termasuk peralatan dan kemudahan.

Senarai Kursus Pendek (Pembelajaran Sepanjang Hayat) 2020 boleh di lihat
melalui link : http://bit.ly/38y2gGD

Senarai Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP) 2020 boleh di lihat
melalui link : http://bit.ly/2NgF7Qy

Carta Organisasi ULPL 2020
melalui link : http://bit.ly/36Oqwni

Layari FB kami : Latihan PKT

Sebarang persoalan dan cadangan boleh emailkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

ATAU Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi pegawai kami :

1. En.Hidayat bin Onos @ Mohd Yunus |Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |Tel : 09 6204100 samb. 2026
2. Puan Sharina Diana bt Johari| Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |Tel : 09 6204100 samb. 2027

 

  • mohe
  • jpp
  • jpanew
  • mampunew
  • mdecnew
  • mscnew
  • Icon 08

qrcodepkt

  • Kemaskini pada : Thursday 12 March 2020, 13:25:27.

 Paparan Terbaik

Firefox 7+ || Internet Explorer 9+ || Safari 5+ || Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Statistik Pengunjung

Hari Ini46
Semalam38
Minggu Ini84
Bulan Ini1586
Jumlah320640