Pasukan Inspektorat Dalaman

Tag Line

‘Contribute…No Influenced’

Visi

Menjadi penyumbang kepada kecekapan dan kekukuhan tadbir urus Politeknik Kuala Terengganu

Misi Piagam Pelanggan

Melakukan pemeriksaan dan penilaian audit secara bebas dan berobjektif bertujuan menambah nilai dan memperbaiki operasi semua lapisan pengurusan dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti dalam semua aspek pengurusan

    i.Menjalankan pengauditan secara professional berpandukan piawaian  

       yang diterima umum

   ii.Memberi pendapat dan syor-syor membina hasil daripada pengauditan

  iii.Membuat audit susulan serta pemantauan ke atas syor-syor dan  

       penemuan  audit berbangkit

  iv.Menghasilkan draf laporan audit dalam tempoh 14 hari bekerja selepas  

      sesuatu pengauditan selesai dijalankan

Objektif

   i.Membawa pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai  

     dan meningkatkan keberkesanan pengurusan risiko, kawalan dan proses

     tadbir urus

 ii.Menyediakan laporan atau pemerhatian hasil daripada pengauditan

iii.Memastikan tadbir urus politeknik dilaksanakan mengikut peraturan dan

    pekeliling  yang ditetapkan dari masa ke semasa

iv.Menyiasat maklumat/aduan yang diperolehi terhadap salah laku

    berkaitan kewangan dan pengurusan

Fungsi Penubuhan

Skop Tugas

Memantau operasi politeknik dengan menjalankan pengauditan untuk mengenal pasti kelemahan atau ketidakpatuhan kepada peraturan kerajaan serta mengambil tindakan proaktif untuk penambahbaikan dan menghalang isu-isu berbangkit daripada berulang

  i.Merancang dan menjalankan audit operasi, kewangan dan pematuhan

    untuk  menilai keberkesanan kawalan dalaman

 ii.Menentukan pematuhan terhadap dengan dasar-dasar yang dipilih,

    prosedur dan peraturan

 iii.Memberi cadangan kepada Pengarah untuk meningkatkan kecekapan

     dan  keberkesanan terhadap fungsi sistem kawalan yang telah disemak

 iv.Melakukan siasatan khas mengikut arahan Pengarah dari masa ke

     semasa

  v.Bekerjasama dengan semua peringkat pengurusan dan kakitangan

     Politeknik, juruaudit dalaman dan juruaudit luaran

  vi.Menjalankan perundingan dengan pentadbir, jabatan dan kakitangan di

      semua peringkat untuk menggalakkan tadbir urus yang baik

SENARAI TUGAS PEGAWAI PID

1.         Mengkaji sistem dan prosedur kerja untuk mengesan kelemahan dan mencadangkan penambahbaikan

2.         Membantu ketua jabatan/pengarah politeknik memantau dan mengesan perbuatan salah laku, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan

3.         Membuat tindakan susulan ke atas aduan yang didapati berasas

4.         Membuat analisa ke atas Laporan Ketua Audit Negara bagi memberi perhatian terhadap ketidakpatuhan utama kepada hasil dari laporan audit

5.         Menyediakan laporan secara berkala sebanyak sekali dalam tempoh 6 bulan kepada pengarah berkaitan perlaksanaan pengauditan di politeknik

6.         Menjalankan tugas mengikut arahan Pengarah dari masa ke semasa 

SENARAI TUGAS PEGAWAI JURUAUDIT

1.         Menjalankan audit terhadap fail meja, kawalan keselamatan fizikal di pejabat, pinjaman kenderaan, pinjaman komputer, aset dan stor

2.         Melakukan pemeriksaan khas terhadap tadbir urus di Politeknik termasuk aspek kewangan dan pengurusan sumber manusia

3.         Membuat tindakan susulan ke atas aduan awam, hari bertemu pelanggan dan tahap Piagam Pelanggan sekiranya didapati berasas

4.         Membuat analisa dan pelaporan terhadap audit yang telah dijalankan dalam tempoh 14 hari bekerja

5.         Menjalankan tugas mengikut arahan Pengarah dari masa ke semasa 

ETIKA PEGAWAI PID DAN JURUAUDIT

Ahli Pasukan Inspektorat Dalaman (PID) hendaklah pada sepanjang masa berpegang kepada teras dan amalan berikut:

1.         Integriti

Etika individu dan pasukan melalui himpunan nilai pada diri individu/pasukan dalam membezakan antara yang benar dan yang salah, yang baik dan buruk, yang patut dan boleh dilakukan, serta yang tidak patut dan tidak boleh dilakukan. Pemilihan antara perkara-perkara ini sentiasa berlaku semasa menjalankan tugas sehari-hari, atau pun berinteraksi dengan pihak lain.

i.        Perlu melaksanakan tugas dengan ikhlas, rajin dan bertanggung jawab

ii.      Perlu mematuhi undang-undang dan mendedahkan apa yang dikehendaki dari segi   

         undang-undang dan profesion; dsn

iii.    Perlu menghormati dan menyumbang kepada objektif-objektif organisasi yang sah dan

        beretika

2.         Berkecuali

Bertindak sebagai satu pihak yang berkecuali dan bebas. Tugasan, siasatan perlu dibuat tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Dipengaruhi bermaksud segala unsur-unsur negative seperti ugutan, ancaman, tekanan, pakatan, subahat dan sebagainya. Ahli PID perlu isytihar/tarik diri sekiranya beliau mempunyai kepentingan dalam kes siasatan tersebut

3.         Objektiviti

Menuntut pada pengumpulan, penilaian dan penyampaian berkaitan aktiviti dan proses yang diperiksa. Menilai dengan saksama dalam semua keadaan dan tidak dipengaruhi oleh orang lain semsa memberi pendapat/syor.i.        Tidak akan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti atau perhubungan yang akan menjejaskan atau dianggap akan menjejaskan penilaiannya secara saksama. Penglibatan ini akan termasuk aktiviti-aktiviti atau perhubungan yang akan mungkin bertentangan dengan kepentingan organisasiii.      Tidak akan menerima apa-apa yang akan menjejaskan atau dianggap akan menjejaskan pendapat profesionalnya; dan iii.    Perlu mendedahkan semua fakta material yang akan diketahuinya, di mana jika tidak didedahkan, mungkin menjejaskan laporan PID

4.         Kerahsiaan

Sentiasa menghormati nilai dan hak milik maklumat yang diterimai.        Perlu berhati-hati dalam penggunaan dan perlindungan maklumat yang diperoleh dalam pelaksanaan tugasii.      Tidak akan menggunakan maklumat untuk sebarang faedah peribadi atau dalam apa cara yang melanggar undang-undang atau menjejaskan objektif-objektif organisasi yang sah dan beretika

5.         Kompetensi

Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan dalam melaksanakan tugas dan objektif PID

i.        Hendaklah menggunakan pengetahuan dan kemahiran profesion semasa menjalankan

         tugas

ii.      Akan menjalankan tugas sebagai ahli PID berdasarkan standard profesionalisme; dan

iii.    Akan secara berterusan mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti 

        khidmatnya


PETUNJUK PRESTASI

Bagi memastikan fungsi PID dilaksanakan dengan berkesan, petunjuk prestasi PKT diukur seperti berikut:

Bil

Perkara Tumpuan PID

Petunjuk Prestasi

1

Usaha-usaha memperkemaskan Sistem dan Prosedur

Tindakan pembetulan yang diambil berserta maklum balas oleh Jabatan/Unit terlibat dalam tempoh kurang 21 hari bekerja

2

Pelaksanaan kawalan dalaman dan pematuhan kepada peraturan

Tindakan pembetulan diambil dalam tempoh 5 hari bekerja dan maklum balas oleh Jabatan/Unit terlibat dalam tempoh kurang 21 hari bekerja

3

Kualiti layan perkhidmatan telefon dan perkhidmatan kaunter

Tindakan pembetulan diambil dalam tempoh 5 hari bekerja dan maklum balas oleh Jabatan/Unit terlibat dalam tempoh kurang 14 hari bekerja

4

Hari bertemu pelanggan

Maklum balas kepada pelanggan dibuat dalam tempoh 5 hari bekerja

5

Pengurusan aduan awam

Aduan awam diselesaikan kurang dari 15 hari bekerja

6

Tahap pelaksanaan piagam pelanggan

Tindakan pembetulan diambil dengan segera dan maklum balas oleh Jabatan/Unit terlibat dalam tempoh kurang 14 hari bekerja

7

Tahap pelaksanaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi

Maklum balas oleh Jabatan/Unit terlibat dalam tempoh kurang 14 hari bekerja

*Rujukan :- PKPA Bil. 1 Tahun 2008 dan Bil 1 Tahun 2009

  • mohe
  • jpp
  • jpanew
  • mampunew
  • mdecnew
  • mscnew
  • Icon 02
  • Icon 08

qrcodepkt

 Paparan Terbaik

Firefox 7+ || Internet Explorer 9+ || Safari 5+ || Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Statistik Pengunjung

Hari Ini372
Semalam539
Minggu Ini1307
Bulan Ini4540
Jumlah205257