Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar

PENGENALAN
 
Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEP) bertanggungjawab dalam kerja-kerja berkaitan dengan proses pengambilan pelajar seperti permohonan, pendaftaran, menyimpan dan mengemaskini rekod pelajar. Unit ini juga bertanggungjawab memantau disiplin pelajar disamping memberi khidmat sokongan kepada pelajar dalam mendapatkan pinjaman atau biasiswa serta menguruskan perlindungan insuran takaful secara berkelompok. Selain dari itu, UHEP juga ada menjalankan kajiselidik berkaitan kerjaya dan beberapa perkhidmatan lain bagi mempastikan kebajikan pelajar terjamin disepanjang tempoh berada di PKT.

 

Aktiviti Utama :

i) Pendaftaran Dan Rekod Pelajar:

Mengurus kemasukan dan penyimpanan data dan rekod pelajar

ii) Urusan Kewangan:

Mengadakan perkhidmatan berkaitan dengan urusan pinjaman

iii) Kebajikan Dan Disiplin:

Memberi bimbingan tentang keperluan mematuhi arahan dan peraturan yang dilaksanakan di PKT. Tindakan tatatertib yang diambil adalah merujuk kepada Akta Institusi Pelajaran Malaysia (Tatatertib) Akta 174 dan Peraturan Am Politeknik.

iv) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP):

Jawatankuasa ini dianggotai sepenuhnya oleh pelajar. Ia merupakan sebagai perantara diantara pelajar dengan pihak pengurusan PKT bagi menyampaikan sebarang pendapat, cadangan atau komen yang boleh membantu menambahbaik persekitaran dan suasana pembelajaran di PKT. Jawatankuasa ini juga memainkan peranan utama dalam merancang dan melaksanakan aktiviti akademik, riadah dan kebajikan pelajar.

  • mohe
  • jpp
  • jpanew
  • mampunew
  • mdecnew
  • mscnew
  • Icon 02
  • Icon 08

qrcodepkt

 Paparan Terbaik

Firefox 7+ || Internet Explorer 9+ || Safari 5+ || Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Statistik Pengunjung

Hari Ini374
Semalam539
Minggu Ini1309
Bulan Ini4542
Jumlah205259