Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

PENGENALAN

Jabatan ini mula beroperasi pada Mac 2007. Pada awal penubuhannya JTMK terletak di Bangunan Induk dan diletakkan di bawah seliaan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, tetapi bermula Mac 2008 Jabatan Teknologi Maklumat telah ditubuhkan dan ditempatkan di bangunan Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu.

Program yang ditawarkan di JTMK hanyalah program-program yang melibatkan bidang Teknologi Maklumat sahaja dan pelajar-pelajarnya pula 90 peratus adalah terdiri dari anak negeri Terengganu dan selebihnya adalah pelajar dari luar negeri Terengganu.
 

VISI

Menyediakan pendidikan bertaraf dunia serta latihan untuk golongan sub-profesional dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 
MISI

JTMK berhasrat menyediakan latihan dan pendidikan yang berkualiti sejajar dengan perubahan teknologi dan permintaan pelanggan melalui kerja berpasukan dan penambahbaikan.  
 

CARTA ORGANISASI

  Klik di sini untuk paparan.


CARTA FUNGSI

 Klik di sini untuk paparan.

 
 OBJEKTIF 

a.             Menyediakan latihan berkualiti dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

b.            Mewujudkan hubungan baik dengan pihak industri.

c.             Memastikan sumber tenaga kerja mencukupi, ketrampilan, relevan & seimbang.

d.            Mengamalkan pengurusan cemerlang.

e.             Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. 

 
PROGRAM YANG DITAWARKAN

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi menawarkan Program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)

Program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) ditawarkan bermula pada sesi Julai 2009. Ianaya memberi penekanan terhadap:

a. Penggunaan teknologi moden dalam penyelesaian masalah yang berkaitan dengan pentadbiran, perniagaan dan bidang industri.
b. Pembangunan perisian aplikasi.
c. Komunikasi berkaitan rangkaian komputer dan digital.
d. Perspektif pengguna dan organisasi.

PRINSIP PANDUAN

1. Menyediakan pendidikan dan persekitaran pembelajaran berkualiti dan relevan
2. Keutamaan kepada pelanggan supaya sentiasa dapat meningkatkan kualiti graduan dan perkhidmatan.
3. Proaktif terhadap kemajuan teknologi dan industri.
4. Membekalkan sumber-sumber kualiti mencukupi (kemudahan fizikal, kakitangan dan peruntukan)
5. Peka terhadap penyelenggaraan
6. Kepercayaan penuh terhadap keupayaan pembangunan sumber manusia.

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG ADA

Makmal Jabatan Teknologi Maklumat ialah Makmal IT I, Makmal IT II, Makmal IT III, Makmal Aplikasi, Makmal Hipermedia, Makmal Sistem Komputer & Digital, Makmal Projek dan Makmal Rangkaian. Makmal-makmal tersebut adalah khusus untuk pelajar-pelajar Sijil Teknologi Maklumat sahaja. Ia dibuka pada setiap hari mengikut waktu pejabat dan juga semasa cuti semester

  • mohe
  • jpp
  • jpanew
  • mampunew
  • mdecnew
  • mscnew
  • Icon 02
  • Icon 08

qrcodepkt

 Paparan Terbaik

Firefox 7+ || Internet Explorer 9+ || Safari 5+ || Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Statistik Pengunjung

Hari Ini374
Semalam539
Minggu Ini1309
Bulan Ini4542
Jumlah205259