Jabatan Pengajian Am

PENGENALAN


Jabatan Pengajian Am atau JPA terdiri dari dua unit iaitu Unit Bahasa yang yang menawarkan Bahasa Inggeris, dan Unit Pendidikan Islam dan Moral yang berperanan menawarkan kursus-kursus seperti Pendidikan Islam, Penghayatan Etika dan Peradaban, Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Bahasa Kebangsaan dan Pendidikan Moral. Kursus-kursus yang ditawarkan untuk semua pelajar di setiap jabatan induk oleh Unit Bahasa berperanan besar dalam membekalkan para pelajar dengan ilmu komunikasi global yang begitu diperlukan bagi menghadapi cabaran alam pekerjaan yang semakin mencabar. Manakala kursus-kursus yang ditawarkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral pula mengasuh para pelajar dengan penghayatan ajaran agama, nilai-nilai moral sejagat serta menanam kesedaran untuk mengembalikan kegemilangan ketamadunan silam yang semakin pudar ditelan zaman.
Melahirkan modal insan yang seimbang dari segenap sudut kehidupan menjadi objektif utama Jabatan Pengajian Am (JPA) Politeknik Kuala Terengganu. Biarpun memegang amanah sebagai sebuah jabatan sokongan, Jabatan Pengajian Am tidak pernah leka dan alpa dalam melahirkan pelajar-pelajar berwibawa yang cemerlang bukan sahaja dari sudut kemahiran bahasa, kami juga memastikan produk yang lahir adalah pelajar-pelajar yang tinggi sahsiah, kukuh rohani dan mantap akidahnya untuk menempuh kehidupan luar yang tidak dapat dibendung kebebasannya.

VISI


Menjadi jabatan yang cemerlang dalam usaha meningkatkan prestasi akademik dan kerohanian pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI


Membangunkan potensi pelajar melalui Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Penghayatan Etika dan Peradaban dan lain-lain secara holistik dan seimbang supaya berkemampuan mempraktikkan pengetahuan sebagai amalan.

OBJEKTIF KUALITI JABATAN PENGAJIAN AM

KECEMELANGAN AKADEMIK
1. Berusaha memastikan kadar kelulusan gred B ke atas bagi setiap kursus di bawah Unit Pendidikan Islam tidak kurang daripada 70% setiap semester.
2. Berusaha memastikan kadar kelulusan gred B ke atas bagi setiap kursus di bawah Unit Bahasa Inggeris tidak kurang daripada 30% setiap semester.
3. Berusaha melaksanakan aktiviti peningkatan insaniah dan kemahiran komunikasi kepada pelajar sekurang-kurangnya 2 kali setiap semester.

KECEMERLANGAN STAF
1. Melaksanakan pencerapan pengajaran dan pembelajaran kepada semua pensyarah di jabatan sekali setahun.
2. Menyediakan kursus kompentensi kepada pensyarah di jabatan sekurang-kurangnya sekali setahun.

 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi JPA

 

 

qrcodepkt

  • Kemaskini pada : Wednesday 14 April 2021, 15:05:11.

 Paparan Terbaik

Firefox 7+ || Internet Explorer 9+ || Safari 5+ || Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Statistik Pengunjung

Hari Ini4
Semalam61
Minggu Ini4
Bulan Ini846
Jumlah354758