Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer

PENGENALAN

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer yang merupakan sebuah jabatan sokongan akademik kepada jabatan induk iaitu Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan Jabatan Teknologi Maklumat (JTMK) yang menawarkan kursus-kursus dalam bidang Matematik, Sains dan Komputer. Ini bertujuan bagi melengkapkan pengetahuan dan kemahiran pelajar daripada kursus-khusus yang ditawarkan oleh jabatan induk. Jabatan Matematik, Sains dan Komputer PKT diketuai oleh seorang Ketua Jabatan iaitu Tn. Hj. Azhar bin Mahmud dan terdiri daripada 10 orang pensyarah seorang pembantu makmal dan seorang pembantu am pejabat.

 
CARTA ORGANISASI

Klik untuk paparan
 

OBJEKTIF

  1. Menerapkan kemahiran matematik untuk digunakan dalam bidang kejuruteraan dan bidang teknologi maklumat.
  2. Memberi pendedahan tentang sains untuk juruteknik yang menjurus kepada penggunaannya dalam bidang kejuruteraan.
  3. Memberi kemahiran asas komputer untuk digunakan sepanjang pembelajaran dan kehidupan seharian para pelajar.
  4. Menyepadukan ilmu-ilmu akademik dengan nilai-nilai murni seperti amanah, sikap bertanggungjawab dan berdikari bagi melahirkan individu yang mempunyai keterampilan dan sahsiah yang baik selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.
  5. Di samping itu membentuk pelajar-pelajar politeknik yang berpengetahuan dan berkebolehan dalam bidang matematik, sains & komputer berlandaskan pendekatan dan teknik terkini.
  6. Berazam ke arah menjadikan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran untuk diaplikasikan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat dengan efektif.

VISI


JMSK bertekad untuk menjadi pusat perkembangan bagi kursus Matematik, Sains & Komputer bagi merealisasikan Politeknik Kuala Terengganu sebagai institusi TVET yang berkualiti dalam melahirkan modal insan holistik dan menjadi pilihan utama industri menjelang 2020

MISI

Membina persekitaran pembelajaran kondusif dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Matematik, Sains & Komputer ke arah melahirkan modal insan holistik yang memenuhi keperluan industri

MOTO

All For One (A f O)


KEMUDAHAN / PERKHIDMATAN

  1. Makmal Komputer
  2. Makmal Sains



KURSUS YANG DITAWARKAN

SEMESTER

KOD KURSUS

KURSUS

PRA-SYARAT

JAM KREDIT

1

DBM1013

ENGINEERING MATHEMATICS 1

-

3

DBS1012

ENGINEERING SCIENCE

-

2

DBM1023

MATHEMATICS FOR COMPUTING

-

3

2

DBM2013

ENGINEERING MATHEMATICS 2

 

3

DBM2023

DISCRETE MATHEMATICS

DBM1023

3

PBM2014

BASIC MATHEMATICS 2

 

4

PBM2024

ADVANCED MATHEMATICS 2

 

4

PBS2014

BASIC ENGINEERING SCIENCE 2

 

4

5

BA501

ENGINEERING MATHEMATICS 4

BA201

2

6

BA601

ENGINEERING MATHEMATICS 5

BA501

2

 

 

                     
 
   
 
   
 
   
 
   
 
   
 
   
 
   
 

  • mohe
  • jpp
  • jpanew
  • mampunew
  • mdecnew
  • mscnew
  • Icon 02
  • Icon 08

qrcodepkt

 Paparan Terbaik

Firefox 7+ || Internet Explorer 9+ || Safari 5+ || Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Statistik Pengunjung

Hari Ini374
Semalam539
Minggu Ini1309
Bulan Ini4542
Jumlah205259