• button jtmk 01
     
    PENGENALAN
    Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) di Politeknik Kuala Terengganu (PKT) menawarkan program Diploma Teknologi Maklumat ( Teknologi Digital ) atau singkatannya adalah DDT. Program DDT di PKT menawarkan dua (2) trek yang berbeza iaitu Networking Systems dan Software & Application Development. Tempoh pengajian bagi program DDT ialah tiga (3) tahun sahaja dan jumlah semester pengajian yang terlibat adalah sebanyak enam (6) semester.
    Program ini menyediakan pendidikan dan latihan dalam bidang Pengkomputeran dengan penekanan khusus pada bidang Teknologi Maklumat. Kursus yang ditawarkan dikelompokkan kepada modul seperti Platform Technologies, Computing Foundation, Programming Essentials, Industry-Led modules and Industry Domain Cluster, yang dirujuk kepada tugas tertentu. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar untuk mencapai pelbagai kerjaya dalam pelbagai sektor ICT.
    Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh dipindah dan multiskillasi yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baru. Di samping kursus teknikal, pelajar juga diajar bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian Islam atau Moral Pendidikan, Ko-Kurikulum. Oleh kerana program ini memberi penekanan kepada pembelajaran kendiri (self-initiated) dan kecekapan praktikal (hands-on), graduan program ini akan bersedia untuk menghadapi cabaran dalam dunia teknologi pengkomputeran.
     
    CARTA ORGANISASI
    Klik untuk paparan
     
    VISI
    Menyediakan pendidikan bertaraf dunia serta latihan untuk golongan sub-profesional dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
     
    MISI
    JTMK berhasrat menyediakan latihan dan pendidikan yang berkualiti sejajar dengan perubahan teknologi dan permintaan pelanggan melalui kerja berpasukan dan penambahbaikan.
     
    OBJEKTIF
    Menyediakan latihan berkualiti dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
    Mewujudkan hubungan baik dengan pihak industry
    Memastikan sumber tenaga kerja mencukupi, ketrampilan, relevan dan seimbang
    Mengamalkan pengurusan cemerlang
    Mewujudkan suasana pembelajaran yang kodusif.
     
    CARTA ORGANISASI
    CARTA JTMK.pdf
     
    KEMUDAHAN DAN FASILITI
    -Makmal Hipermedia (MHM)
    -Makmal Komunikasi & Rangkaian (MKR)
    -Makmal Sains Komputer & Digital (MSKD)
    -Makmal Pembangunan Aplikasi (MPA)
    -Makmal IT 1 (MIT1)
    -Makmal IT 2 (MIT2)
    -Makmal IT 3 (MIT3)
    -Makmal Projek
    -BTMK1
    -BTMK2
     
    PROSPEK KERJAYA
    Permintaan tenaga kerja ICT dijangka mempunyai pertumbuhan yang kuat baru-baru ini. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), perkembangan pesat dalam ICT telah meningkatkan permintaan untuk lulusan IT berkelayakan yang memenuhi keperluan dan keperluan industri untuk tempatan dan global. Oleh itu, graduan dari program ini dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan yang dapat diterapkan untuk pelbagai kerjaya di dalam industri dan perniagaan ICT. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pasaran pekerjaan seperti berikut :
    -Computer Application Programmer
    -Internet Programmer
    -Web Programmer
    -Database Programmer
    -System Analysts Assistant
    -Software Developer
    -Database Administrator
    -Software Tester
    -System Support Personnel
    -System Programmer
    -Network Support Personnel
    -Network Administrator
    -IT Supporting Engineer
    -Assistant Network Engineer
    -Helpdesk Teknikal / Sokongan
    -Assistant Game Programmer
    -Game Designer
    -3D Animator
    -Storyboard Artist
    -2D Concept Artist
    -3D Artist
    -Assistant Security Analysis
    -Assistant Information Security Engineer
    -Assistant Game Developer
    -Computer Hardware Technician
    -Assistant Penetration Tester
  • PENGENALAN
    Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) merupakan jabatan induk yang pertama ditubuhkan di Politeknik Kuala Terengganu. Dengan rasminya ia telah ditubuhkan pada 1 Januari 1999 di bawah konsep kampus dalam kota. Terdapat dua Program yang ditawarkan pada masa sekarang iaitu :
    i. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) – DEP
    ii. Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik – DEE .
    Program DEP mula ditawarkan pada Jun 2010. Program DEP ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada MQA (Malaysian Qualification Agency) pada tahun 2013 dan ETAC (The Engineering Technology Accreditation Council) pada tahun 2018.
    Program DEE pula mula ditawarkan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PKT pada Jun 2014. Program DEE ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada MQA (Malaysian Qualification Agency) pada tahun 2016.
     
    CARTA ORGANISASI

    LAPORAN AKTIVITI
     
     
    OBJEKTIF
    Kejuruteraan Elektrik merupakan satu cabang kejuruteraan yang menitikberatkan aplikasi amali dalam bidang rekabentuk, pembuatan dan operasi litar elektronik, komponen elektronik, penyiaran dan sistem telekomunikasi yang beroperasi pada voltan rendah sebagai sebahagian daripada daya penggeraknya.
    Objektif program ini selari dan menyokong visi dan misi Politeknik kerana program ini membolehkan graduan bukan sahaja menguasai pengetahuan dan kemahiran teknikal dan vokasional, bahkan berupaya mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan dalam bidang Kejuruteraan Elektronik untuk pembangunan negara.
     
    MISI
    Misi utama jabatan adalah untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta melalui penggembelengan tenaga secara profesional dan bersepadu dengan sistem pendidikan yang sistematik dan berkualiti. Ini bersesuaian dengan hasrat jabatan yang ingin melahirkan pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap dan cemerlang sama ada dari segi teori mahupun kemahiran, selain ketrampilan dan sahsiah diri yang terbaik.
     
    KEMUDAHAN
    ● Bilik Kuliah A-G ( Bangunan Baru di Jalan Engku Sar)
    ● Makmal dan Bengkel ( Di Bangunan Induk)
          i. Makmal Telekomunikasi vi. Makmal Kuasa
          ii. Makmal Teknologi Elektrik vii. Bengkel Pendawaian
          iii. Makmal Baikpulih viii. Bengkel Projek
          iv. Makmal Elektronik ix. Makmal ECAD
           v. Makmal Rangkaian
     
    PENCAPAIAN

    i. PERTANDINGAN INOVASI PENSYARAH TVET (PERISA) 2020
         a. Pingat Emas – iNotifire System
         b. Pingat Perak - Portable Wiring Trainer (PWT)
    ii. ASIA INTERNATIONAL INNOVATION EXHIBITION (AIINEX) 2020
         a. 1st Prize (Best Award Online Presentation in Science, Technology & Engineering) 
     
     
     
  • PENGENALAN
    Jabatan Matematik Sains dan Komputer (JMSK) merupakan sebuah jabatan sokongan di Politeknik Kuala Terengganu (PKT) yang bernaung di bawah Pengarah dan Timbalan Pengarah Akademik. Jabatan ini diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dan dibantu oleh enam orang pensyarah akademik, seorang pembantu makmal dan seorang pembantu am pejabat. JMSK bertanggungjawab menyediakan tenaga pengajar bidang Matematik dan Sains untuk dua jabatan induk iaitu Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam tiga program pengajian; Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Diploma Teknologi Maklumat (Pengatucaraan). Selain itu, JMSK turut bertanggungjawab terhadap pelajar Pra Diploma Sains. Bagi melaksanakan fungsi dan peranan utamanya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), JMSK dibekalkan dengan fasiliti satu ruang pejabat untuk penempatan staf, sebuah makmal komputer, sebuah makmal TECC dan sebuah bilik kuliah di bilik kaca anjung ilmu di kampus induk PKT, serta sebuah makmal sains di kampus sewaan berdekatan.
    Prestasi tahunan Jabatan dipantau dalam kajian semula pengurusan (KSP) melalui pencapaian objektif kualiti (kecemerlangan akademik) dan pencerapan proses PdP (KPI 31). Perancangan aktiviti tahunan Jabatan dibuat berdasarkan Pelan Tindakan 2020 dan Pelan Strategik PKT 2020-2025 mengikut teras, objektif strategik dan petunjuk aras prestasi utama (KPI) yang telah digariskan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Pengurusan PKT.

    CARTA ORGANISASI
    Klik untuk paparan

    VISI
    Menjadi jabatan yang melahirkan pelajar berpengetahuan dalam bidang Matematik, Sains dan Komputer seiring perkembangan teknologi semasa.

    MISI
    Menghasilkan pelajar yang mahir menyelesaikan masalah dengan mengaplikasikan Matematik, Sains dan Komputer bagi membantu pencapaian dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat

    OBJEKTIF
    Jabatan menetapkan dua objektif untuk dicapai sepanjang tahun iaitu Kecemerlangan Akademik dan Kecemerlangan Staf seperti berikut:

    KECEMERLANGAN AKADEMIK
    1. Memastikan mencapai kadar kelulusan bagi semua modul tidak kurang dari 95% bagi setiap semester.
    2. Memastikan mencapai sekurang-kurangnya 10% daripada pelajar yang lulus mencapai nilai mata 3.0 atau lebih untuk setiap modul bagi setiap semester.
    3. Memastikan pencerapan proses PdP dilaksanakan untuk semua pensyarah dengan markah melebihi 80%.

    KECEMERLANGAN STAF
    1. Berusaha memastikan staf JMSK menghadiri kursus/seminar/bengkel yang berkaitan dengan PdP dalam bidang Matematik, Sains dan Komputer sekurang-kurangnya sehari dalam setahun.


    DISEDIAKAN OLEH :

    MELATI BINTI SABTU
    Jabatan Matematik, Sains dan Komputer
    Politeknik Kuala Terengganu
  • PENGENALAN
    Jabatan Pengajian Am atau JPA terdiri dari dua unit iaitu Unit Bahasa yang yang menawarkan Bahasa Inggeris, dan Unit Pendidikan Islam dan Moral yang berperanan menawarkan kursus-kursus seperti Pendidikan Islam, Penghayatan Etika dan Peradaban, Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Bahasa Kebangsaan dan Pendidikan Moral. Kursus-kursus yang ditawarkan untuk semua pelajar di setiap jabatan induk oleh Unit Bahasa berperanan besar dalam membekalkan para pelajar dengan ilmu komunikasi global yang begitu diperlukan bagi menghadapi cabaran alam pekerjaan yang semakin mencabar. Manakala kursus-kursus yang ditawarkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral pula mengasuh para pelajar dengan penghayatan ajaran agama, nilai-nilai moral sejagat serta menanam kesedaran untuk mengembalikan kegemilangan ketamadunan silam yang semakin pudar ditelan zaman.
    Melahirkan modal insan yang seimbang dari segenap sudut kehidupan menjadi objektif utama Jabatan Pengajian Am (JPA) Politeknik Kuala Terengganu. Biarpun memegang amanah sebagai sebuah jabatan sokongan, Jabatan Pengajian Am tidak pernah leka dan alpa dalam melahirkan pelajar-pelajar berwibawa yang cemerlang bukan sahaja dari sudut kemahiran bahasa, kami juga memastikan produk yang lahir adalah pelajar-pelajar yang tinggi sahsiah, kukuh rohani dan mantap akidahnya untuk menempuh kehidupan luar yang tidak dapat dibendung kebebasannya.
     
    CARTA ORGANISASI
    Klik untuk paparan
     
    VISI
    Menjadi jabatan yang cemerlang dalam usaha meningkatkan prestasi akademik dan kerohanian pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    MISI
    Membangunkan potensi pelajar melalui Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Penghayatan Etika dan Peradaban dan lain-lain secara holistik dan seimbang supaya berkemampuan mempraktikkan pengetahuan sebagai amalan.
     
    OBJEKTIF KUALITI JABATAN PENGAJIAN AM

    KECEMELANGAN AKADEMIK
    1. Berusaha memastikan kadar kelulusan gred B ke atas bagi setiap kursus di bawah Unit Pendidikan Islam tidak kurang daripada 70% setiap semester.
    2. Berusaha memastikan kadar kelulusan gred B ke atas bagi setiap kursus di bawah Unit Bahasa Inggeris tidak kurang daripada 30% setiap semester.
    3. Berusaha melaksanakan aktiviti peningkatan insaniah dan kemahiran komunikasi kepada pelajar sekurang-kurangnya 2 kali setiap semester.
     
    KECEMERLANGAN STAF
    1. Melaksanakan pencerapan pengajaran dan pembelajaran kepada semua pensyarah di jabatan sekali setahun.
    2. Menyediakan kursus kompentensi kepada pensyarah di jabatan sekurang-kurangnya sekali setahun.
     

     
     
  • PENGENALAN
    Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEP) bertanggungjawab dalam kerja-kerja berkaitan dengan proses pengambilan pelajar seperti permohonan, pendaftaran, menyimpan dan mengemaskini rekod pelajar. Unit ini juga bertanggungjawab memantau disiplin pelajar disamping memberi khidmat sokongan kepada pelajar dalam mendapatkan pinjaman atau biasiswa serta menguruskan perlindungan insuran takaful secara berkelompok. Selain dari itu, UHEP juga ada menjalankan kajiselidik berkaitan kerjaya dan beberapa perkhidmatan lain bagi mempastikan kebajikan pelajar terjamin disepanjang tempoh berada di PKT.
     
    AKTIVITI UTAMA :

    i) Pendaftaran Dan Rekod Pelajar:
                   Mengurus kemasukan dan penyimpanan data dan rekod pelajar

    ii) Urusan Kewangan:
                   Mengadakan perkhidmatan berkaitan dengan urusan pinjaman

    iii) Kebajikan Dan Disiplin:
                   Memberi bimbingan tentang keperluan mematuhi arahan dan peraturan yang dilaksanakan di PKT. Tindakan tatatertib yang diambil adalah merujuk kepada Akta Institusi Pelajaran Malaysia (Tatatertib) Akta 174 dan Peraturan   
                   Am Politeknik.

    iv) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP):
                  Jawatankuasa ini dianggotai sepenuhnya oleh pelajar. Ia merupakan sebagai perantara diantara pelajar dengan pihak pengurusan PKT bagi menyampaikan sebarang pendapat, cadangan atau komen yang boleh membantu menambahbaik persekitaran dan suasana pembelajaran di PKT. Jawatankuasa ini juga memainkan peranan utama dalam merancang dan melaksanakan aktiviti akademik, riadah dan kebajikan pelajar.
  • UNIT PENTADBIRAN
    Unit Pentadbiran dan Kewangan adalah sebuah unit yang bertanggungjawab menjadi peneraju penggerak kepada aktiviti Politeknik serta penjana kepada semua aktiviti pentadbiran yang merangkumi perkhidmatan, perjawatan dan pentadbiran am serta hal ehwal kewangan. Ia juga berfungsi dalam mengawal dan menguruskan perbelanjaan mengurus dan pembangunan sumber manusia mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan setiap masa.
     
    KEMUDAHAN
    Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Unit Pentadbiran dan Kewangan adalah seperti berikut:-
    ·         Bilik Persidangan  yang boleh memuatkan seramai hampir 30 orang pada satu –satu masa. Kebanyakkan mesyuarat –mesyuarat utama politeknik diadakan di sini.
     ·         Sebuah Bilik Fail di Unit Pentadbiran dan Kewangan  bagi menempatkan Fail-Fail Sulit di bawah seliaan Pembantu Tabdir Perkeranian dan Operasi.
     ·         Bilik –bilik yang lainnya ialah :
    Ø  Bilik Pejabat Puan Pengarah
    Ø  Bilik Pejabat Timbalan Pengarah Akademik
    Ø  Bilik Pejabat Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
    Ø  Bilik Pejabat Pegawai Perhubungan Awam
    Ø  Bilik Pejabat Pegawai Eksekutif Tertinggi
    Ø  Bilik Pejabat Penolong Akauntan
    Ø  Bilik Tandas (Lelaki) dan (wanita)
     
    JADUAL PERKHIDMATAN
    Waktu berurusan rasmi di kedua-dua unit adalah dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang.
  • PENGENALAN
    Unit Jaminan Kualiti Dan Akreditasi (UJKA) yang dahulunya dikenali sebagai Unit Kecemerlangan Akademik adalah unit sokongan kepada pengurusan akademik PKT. Ianya ditubuhkan sebagai penggerak dan menentukan halatuju pembangunan akademik berjalan sebagaimana piawaian yang ditetapkan oleh Badan Audit dan Akreditasi. UJKA juga bertanggungjawab dalam perancangan dan pemantauan aktiviti di PKT bagi mencapai KPI yang ditetapkan oleh Kementerian dan JPPKK.

  • PENGENALAN
    Unit Pembangunan dan Senggaraan atau dikenali sebagai UPS merupakan antara unit sokongan akademik di Politeknik Kuala Terengganu (PKT).
    UPS berperanan merancang dan menyelaraskan kerja-kerja pembangunan (naik taraf / pengubahsuaian) serta kerja-kerja penyelenggaraan (pemulihan) bagi pencegahan dan pembaikan (preventive & corrective maintenance) yang melibatkan fasiliti bangunan, infrastruktur serta aset alih di bawah seliaan UPS.
    Kerja penyelenggaraan dilaksanakan samada secara terus atau melalui khidmat kontraktor yang diselia oleh Penolong Jurutera di dalam bidang yang berkaitan.

    VISI
    Perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan efektif dalam memastikan fasiliti bangunan, infrastruktur dan aset alih di bawah seliaan UPS sentiasa berfungsi dengan baik dan selamat digunakan disamping melaksanakan kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan mengikut keperluan semasa.
     
    MISI
    Perkhidmatan yang mesra pelanggan / pengguna disamping mematuhi peraturan yang berkuatkuasa dalam melaksanakan kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan agar dapat memberi keselesaan dan kemudahan kepada seluruh warga PKT.

    OBJEKTIF
    Memastikan fasiliti bangunan, infrastruktur dan aset alih di bawah seliaan UPS berfungsi dengan baik dan selamat digunakan disamping kemudahan yang kondusif dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa di PKT sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
    Memastikan penyelenggaraan dilaksanakan dengan sebaik mungkin berdasarkan peruntukan kewangan bagi memastikan fasiliti bangunan, infrastruktur dan aset alih di bawah seliaan UPS berfungsi dengan baik dan selamat digunakan agar dapat memberi khidmat dan pulangan yang memuaskan kepada penggunaan ke tahap yang maksimum dalam menampung keperluan proses pengajaran dan pembelajaran di PKT.
     
    FUNGSI / PERANAN
    i. Merancang kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan di PKT.
    ii. Menerima aduan kerosakan serta memastikan tindakan seterusnya diambil mengikut prosedur yang ditetapkan.
    iii. Memastikan pelaksanaan kerja pembangunan dan kerja senggaraan mengikut tatacara dan peraturan yang berkuatkuasa.
    iv. Pemantauan terhadap kontraktor yang menjalankan kerja-kerja di PKT.
    v. Bantuan dari segi teknikal dan bukan teknikal kepada Jabatan / Unit / program di peringkat Politeknik dan sebagainya.
     
    KEMUDAHAN/ PERKHIDMATAN
    Perkhidmatan penyelenggaraan fasiliti bangunan, infrastruktur dan aset alih di bawah seliaan UPS.
     
  • PENGENALAN
    Unit Pembangunan Intruksional dan Multimedia (UIDM) berfungsi sebagai unit sokongan yang menyediakan alat-alat bantuan mengajar untuk pensyarah-pensyarah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. UIDM juga menyediakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang boleh digunakan oleh semua warga Politeknik Kota Kuala Terengganu bagi menjalankan aktiviti pada bila-bila masa. 
    Tujuan UIDM adalah bagi mengintegrasikan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. membimbing pensyarah menggunakan teknologi multimedia dalam menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif bagi mewujudkan budaya penggunaan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan teknikal di Politeknik Kementerian Pelajaran Malaysia.
    UIDM telah menyediakan 3 buah bilik khas iaitu Bililk Tayangan untuk kemudahan warga politeknik bagi menjalankan proses pembelajaran, pembentangan, kursus, taklimat, seminar dan sebagainya. Bilik kawalan pula adalah untuk kerja-kerja penyuntingan dan bilik kakitangan disediakan adalah bertujuan utnuk menjalankan kerja-kerja pengarkiban bahan, membantu melaksana penerbitan bahan bercetak, menyediakan perkhidmatan bimbingan dalam aplikasi teknologi multimedia dan sebagainya.
    Selain itu juga, UIDM telah menyediakan kemudahan kelengkapan peralatan seperti kamera video, TV dan peralatan lain bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga dibenarkan untuk meminjam kemudahan peralatan tersebut dengan mengisi borang-borang pinjaman yang telah disediakan di UIDM dan mendapat sokongan pensyarah atau penasihat kelab masing-masing.
     
    OBJEKTIF UIDM
    1-Mewujudkan perancangan program pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran
        berasaskan teknologi multimedia.
    2-Menyediakan bahan multimedia bagi aktiviti bukan akademik di Politeknik Kuala Terengganu
    3-Membangunkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh Bahagian
        Kurikulum Teknikal  dan Vokasional JPP
    4-Menjayakan kaedah-kaedah dokumentasi dan pengarkiban bahan pengajaran, pembelajaran
        dan audio visual
    5- Mnegadakan sistem audio visuak yang di bawah seliaan UIDM
     
    PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN
    1-Rakaman Video dan Foto dalam dan luar kampus
    2-Video dan Audio Editing
    3-Penerbitan Dalaman
    4-Tayangan Video
    5-Bilik Tayangan yang boleh menampung 50 orang peserta
     
    PERKHIDMATAN PINJAMAN PERALATAN
    1-Liquid Crystal Display Projector (LCD)
    2-Digital multimedia Projector
    3-Desktop and Portable Overhead Projector
    4-Slide Projector
    5-Video Imager
    6-PC to TV converter
    7-Televisyen
    8-CD / VCD / MP3 player
    9-DVD Player
    10-Multisystem Video
    11-Cassete Recorder Mini hifi / Mini Compo
    12-Audio Cassete Deck
    13-Stereo Radio / Cassete Player
    14-SLR Camera
    15-Digital Camera
    16-Mini DV Handycam
    17-Portable PA System
     
    BORANG YANG DIGUNAKAN DI UIDM ADALAH SEPERTI:
    1- Borang Pinjaman Peralatan
    2- Borang Permohonan Perkhidmatan
    3- Borang Tempahan Kemudahan di UIDM
    4- Borang Laporan Kerosakan Peralatan
    5- Borang Permohonan Pembelian (kelulusan kewangan)
    6- Borang Kebenaran Membawa keluar Peralatan dari kawasan Politeknik
  • PENGENALAN
    Selaras dengan Dasar sukan KPT , Unit Sukan dan Kokurikulum telah ditukar  kepada Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan bagi meningkatkan fungsi dan peranannya di Politeknik. Jabatan ini diberi tanggungjawab untuk mengurus dan menyelaraskan  kursus Kokurikulum dan aktiviti extra-kokurikulum pelajar di Politeknik ini. Kursus kokurikulum melibatkan pelajar Sem 1 dan Pelajar sem 2 yang mana pelajar wajib mendaftar dan mengikuti kursus AR101 (kokurikulum 1) dan AR201 (kokurikulum 2). Kursus ini akan dilaksanakan dan dinilai secara teori dan praktikal oleh pensyarah kokurikulm. Pelajar wajib lulus kursus ini sebagai syarat untuk  dianugerah Diploma Politeknik.
    Kursus ini merupakan sebahagian daripada kursus di Jabatan induk  dan dilaksanakan oleh pensyarah-pensyarah  yang dilantik oleh ketua Jabatan masing-masing. Pendaftaran kursus akan dilaksanakan diawal semester. Pelaksanaan aktiviti kursus ini juga perlu mematuhi kehendak dan keperluan MS ISO 9001:2008 . Kurikulum kokurikulm terkini dan telah digunapakai adalah mengikut kehendak OBE(Outcome Base Education)  dan MQA.
     
    Selain daripada mengurus kursus Kokurikulum, Jabatan ini juga bertanggungjawab menyelaras dan melaksanakan aktiviti extra-kokurikulm (sukan/kelab / persatuan dan Kebudayaan) seperti karnival Sukan, Liga Bolasepak KPT, Liga Futsal IPT, Kayak dan sebagainya. Pelajar-pelajar yang mempunyai potensi dan bakat dalam sukan, kelab dan kebudayaan akan dipilih untuk mewakili Politeknik Kuala Terengganu untfuk menyertai mana-mana kejohanan anjuran Majlis Sukan Politeknik dan juga jemputan daripada institusi/Agensi  pendidikan dibawah Kementerian Pengajian tinggi Malaysia. Pelajar-pelajar yang cemerlang sukan bukan sahaja berpeluang mewakili Politeknik bahkan akan ditawarkan biasiswa sukan untuk membantu bersaing diperingkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Pelajar-pelajar yang mempunyai bakat dan pengalaman dalam sukan/kelab/persatuan dan kebudayaan diminta merujuk ke jabatan Sukan kokurikulum dan kebudayaan sekiranya berminat menyertai mana-mana aktiviti diPoliteknik. Anugerah Kecemerlangan sukan akan disediakan dari masa ke semasa kepada pelajar yang telah member sumbangan dalam aktiviti Sukan di Politeknik ini.
  • PENGENALAN
    Perpustakaan Politeknik Kuala Terengganu (PKT) telah diwujudkan pada 1 Jan 1999 di bawah konsep Politeknik Kota. Ianya terletak di bahagian blok tengah kampus ini. Perpustakaan ini beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 2000. Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan dan rujukan berdasarkan bidang pengajian yang ditawarkan di Politeknik Kuala Terengganu. Jenis koleksi yang terdapat adalah dari bahan-bahan teknikal dan akademik serta pembacaan ringan. Di samping kepelbagaian bahan bacaan, perpustakaan ini juga menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada pengguna. Selaras dengan kehendak ini, segala perkhidmatan yang ditawarkan adalah berorientasikan pengguna.
    Pada tahun 2014, Perpustakaan PKT mula menggunakan Sistem Pengurusan Perpustakaan ILMU (Integrated Library Management Utility). Sistem ini menyediakan OPAC (Online Public Access Catalog) bagi membantu pengurusan perpustakaan mengumpul, merekod, menyimpan dan membantu pengguna mencari bahan bacaan di perpustakaan dengan lebih cepat dan tepat.

    WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
    HARI WAKTU OPERASI
    Ahad – Rabu 8.30 Pagi – 4.45 Petang
    Khamis 8.30 Pagi – 3.15 Petang
    TUTUP Jumaat, Sabtu & Cuti Am
     
    KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN
    Beberapa kemudahan dan perkhidmatan ditawarkan di PKT sepertimana institusi pendidikan lain dan ia sentiasa ditambah baik bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada seluruh warga PKT.
     
    1. Ruang Bacaan Terbuka
    Ruang bacaan terbuka di perpustakaan PKT boleh memuatkan 60 orang pengguna dalam satu-satu masa. Meja bacaan untuk enam dan empat pengguna disediakan. Ruang ini juga digunakan sebagai kelas, aktiviti kempen derma darah, pendaftaran pelajar baru, pusat mengundi perwakilan pelajar PKT dan bengkel untuk literasi maklumat.
     
    2. Terminal Katalog Perpustakaan (OPAC)
    Pengguna boleh mengakses bahan perpustakaan melalui Terminal Katalog Perpustakaan (OPAC) yang disediakan. Melalui Terminal Katalog Perpustakaan (OPAC) ini, pengguna boleh membuat carian rekod buku dan status bahan tersebut di perpustakaan. Terminal ini dijadikan sebagai kiosk di mana di dalamnya juga disediakan video panduan penggunaan OPAC.
     
    3. Bilik Pencarian Maklumat (IT)
    Perpustakaan PKT menyediakan tujuh buah komputer yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mengakses internet secara percuma dan di tempatkan di bilik berasingan. Pelajar juga boleh menggunakan komputer ini untuk membuat tugasan kuliah dan mendapatkan bahan e-journal dan e-book yang disediakan oleh Unit Perpustakaan.
     
    4. Program Latihan dan Pembangunan
    Program latihan dan pembangunan bagi pelajar dan kakitangan sentiasa dirangka bagi memastikan pengguna mendapat kemahiran terutama di dalam pencarian dan penggunaan maklumat. Antara program latihan yang dilaksanakan di Perpustakaan PKT adalah Bengkel Literasi Maklumat; Bengkel Penggunaan OPAC; Bengkel Pengkelasan.
     
    5. Pinjaman dan Pemulangan Buku
    Pelajar dan kakitangan PKT adalah secara automatiknya menjadi ahli perpustakaan PKT. Kemudahan pinjaman dan pemulangan buku adalah seperti berikut:
     Pelajar dibenarkan sebanyak 4 naskah selama 2 minggu
     Staf dibenarkan sebanyak 8 naskah 4 minggu/secara berkala
     
    6. Loker
    Pengguna boleh menyimpan barangan peribadi dan berharga di dalam loker yang disediakan berhampiran pintu masuk perpustakaan. Sebanyak 24 unit loker disediakan.
     
    7. WIFI percuma
    PS_AP1 PsPKT9876
    Perkhidmatan ini disediakan secara percuma kepada pelajar dan staf PKT.
     
    8. Rangkaian Pangkalan Data Portal u-Pustaka Perpustakaan Negara Malaysia
    http://www.u-library.gov.my/
    Perpustakaan Negara Malaysia telah menyediakan beberapa perkhidmatan elektronik seperti e-book, e-majalah, e-jurnal dan banyak lagi secara percuma dalam menggalakkan penyebaran maklumat dan pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat sejajar dengan hasrat untuk membentuk komuniti yang berilmu.
  • PENGENALAN
    Unit Pengurusan Psikologi adalah sebuah unit yang menjalankan perkhidmatan berteraskan tiga aspek penting dalam pembangunan manusia iaitu mental, fizikal dan emosi. Unit ini merupakan Unit Sokongan Akademik yang berperanan dalam membantu membentuk pembangunan insaniah. Perkhidmatan yang disediakan adalah berfokus kepada Psikologikal, Kaunseling dan Kerjaya kepada semua warga Politeknik Kuala Terengganu terutama kepada pelajar dan kakitangan.

    MISI
    Menyediakan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berlandaskan prinsip-prinsip psikologi untuk klien yang terdiri daripada semua warga Politeknik Kuala Terengganu (PKT).  

    VISI
    Berusaha untuk memberikan Perkhidmatan Bimbingan, Kaunseling dan kerjaya yang profesional bagi meningkatkan taraf psikologi klien melalui Program Pembangunan,  Pengembangan, Pencegahan dan Pemulihan/Intervensi

    FUNGSI UTAMA:
        Memberikan bantuan kaunseling kepada pelajar dan staf dari semasa ke semasa
        Mendedahkan pelajar kepada prospek kerjaya selepas tamat belajar
        Menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan sahsiah dan jati diri pelajar 

    JENIS PERKHIDMATAN:

        Akademik
        Kerjaya
        Psikososial
        Peribadi
        Keluarga

    PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:

        Kaunseling/Bimbingan Individu
        Kaunseling/Bimbingan Kelompok
        Kaunseling/Bimbingan Kerjaya
        Kaunseling/Bimbingan Keluarga
        Kaunseling/Bimbingan Organisasi
        Pengujian dan Penaksiran Psikologi
        Ceramah/ Bengkel/Seminar Psikologi dan Kerjaya
        Perundingan dan Konsultasi
        Intervensi Krisis  

    BIDANG PSIKOLOGI
    Membantu melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan berdasarkan pendekatan Psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi.
    Membantu membina modul  Pembangunan Modal Insan
    Membantu melaksanakan aktiviti pemantauan, penyelidikan dan kajian pembangunan modal insan
    Membantu memberi khidmat rundingan berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling
    Membantu membangun, mentadbir dan menyediakan laporan ujian psikologi
    Membantu memberi input psikologi untuk tujuan pembangunan, pencegahan dan pemulihan
    Membantu mengurus pegawai berprestas rendah dan bermasalah
    DALAM BIDANG KAUNSELING
    Melaksanakan aktiviti kaunseling yang merangkumi aspek pertumbuhan dan perkembangan, intervensi, pencegahan dan pemulihan
    Menjalankan khidmat kaunseling secara individu dan kelompok, kaunseling kerjaya, bimbingan, khidmat perundingan dan intervensi krisis.
    Menyediakan laporan berkaitan aktiviti perkhidmatan kaunseling
    Menyediakan laporan pemantauan dan siasatan bagi tujuan rekod, pelaporan dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan kaunseling sedia ada.
    Menyelenggara, menyimpan dan mengedar alat-alat ujian dan inventori psikologi; dan
    Menyediakan cadangan keperluan alat-alat ujian dan inventori psikologi yang sesuai.
    DALAM BIDANG KERJAYA
    Menjalankan khidmat nasihat dan bimbingan kerjaya kepada pelajar
    Menyediakan laporan berkaitan aktiviti perkhidmatan kerjaya
    Membantu memberi input kerjaya dan maklumat pasaran kerja untuk tujuan pembangunan, pendedahan dan persediaan dalam memasuki alam pekerjaan.
    Membantu melaksanakan aktiviti pemantauan, penyelidikan dan kajian perkembangan kerjaya.
    Menjalankan aktiviti berkaitan seminar, ceramah, bengkel, kursus dan program berbentuk info berkaitan kerjaya.

    PERCAYALAH KAUNSELOR ANDA
    Akan perihatin dan sentiasa bersedia menerima anda tanpa syarat
    Sanggup menerima semula persoalan anda
    Merahsiakan segala maklumat peribadi anda
    Menghormati anda sebagai seorang individu
    Boleh berjumpa anda pula bila-bila masa sekiranya penting dan terdesak
    Mempunyai latihan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang boleh membantu anda menghadapi dan melegakan masalah anda. 
     
    Waktu perkhidmatan  : Ahad -  Rabu  :  9.00 pagi hingga 4.00 petang
      Khamis          :  9.00 pagi hingga 1.00 tengahari 


    BAGAIMANA CARA UNTUK BERJUMPA PEGAWAI PSIKOLOGI/KAUNSELOR ANDA:
    Datang seorang atau dengan kawan-kawan anda
    Datang secara terus  ke Unit Pengurusan Psikologi untuk membuat temujanji mengikut masa yang diperlukan
    Isi borang janji temu yang disediakan di jabatan-jabatan anda
    Buat temujanji dengan pegawai anda melalui talian, iKaunselor
    Meminta pertolongan Penasihat Akademik (PA) anda untuk merujuk anda menjalani sesi kaunseling
           

    BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN :

        Encik Osfarizal bin Othman - 016-9231257

    LOKASI KAMI:

    Unit Pengurusan Psikologi
    Tingkat 2, Bangunan JPA (di atas kedai kasut Al-Ehsan)
    Politeknik Kuala Terengganu
  • PENGENALAN

    Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan merupakan satu unit di Politeknik Kuala Terengganu yang bertanggungjawab untuk mengelolakan kursus – kursus dalam perkhidmatan (KUDAP) untuk seluruh kakitangan PKT, menguruskan penggunaan kemudahan yang tersedia ada di PKT secara pakej serta mengelolakan Program Penswastaan Sektor Masa (Time Time Sector Privatisation).

    Time Sector Privatisation (TSP) boleh dibahagi kepada tiga (3) jenis iaitu, Kursus Secara Sambilan, Kursus Terlanggan dan Kursus Pendek. Program yang dijalankan adalah berdasarkan konsep ‘Life Long Learning’ (PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT)

    ii. Kursus Terlanggan ( Customized Course )

    Kursus Terlanggan adalah kursus yang dikelola dan dianjurkan oleh politeknik berdasarkan permintaan dan keperluan pihak luar atau industri. Melalui permintaan dan perbincangan industri dan Politeknik melalui fungsi Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) akan menghasilkan satu penganjuran latihan khas di mana kandungan program dibangunkan oleh Politeknik berdasarkan keperluan industri.

    ii. Kursus Jangka Pendek ( Short Course )

    Kursus Jangka Pendek merupakan kursus yang dibangun dan ditawarkan oleh politeknik melalui fungsi ULPL kepada pihak luar dan industri bagi tujuan meningkatkan kemahiran dan tenaga kerja, mahupun kepada orang awam sebagai satu inisiatif sendiri untuk mendapat dan menambahkan pengetahuan atau untuk meningkatkan kemahiran sedia ada. Kursus-kursus ini akan dirancang berdasarkan kemahiran dan kepakaran tenaga pengajar yang terdapat di jabatan-jabatan akademik termasuk peralatan dan kemudahan.

    Senarai Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP) 2022 boleh dilihat
    di link https://bit.ly/3vPS5vK

    Senarai Kursus Pendek (Pembelajaran Sepanjang Hayat) 2022 boleh di lihat melalui link https://bit.ly/3sV9lOs . Sekiranya berminat untuk menyertai kursus pendek (PSH) anjuran ULPL PKT boleh memohon di link https://app.mypolycc.edu.my/epsh/poli/default.asp?error=login

    Carta Organisasi ULPL 2022 melalui link https://bit.ly/3MAgew7

    Layari FB kami : Latihan PKT

    Sebarang persoalan dan cadangan boleh emailkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    ATAU Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi pegawai kami :

    1. En.Hidayat bin Onos @ Mohd Yunus |Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |Tel : 09 6204100 samb. 2026
    2. Puan Sharina Diana bt Johari| Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |Tel : 09 6204100 samb. 2027
  •  PENGENALAN
    Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) diletakkan di bawah pengurusan Timbalan Pengarah Akademik (TPA) dan memainkan fungsi utama mengendalikan kursus Latihan Industri (LI). Unit ini bertanggungjawab dalam mengurus, menempatkan pelajar di firma, memantau dan menilai kursus LI di Politeknik Kuala Terengganu (PKT).
    Kursus Latihan Industri merupakan salah satu syarat wajib bagi penganugerahan Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Penekanan yang diberikan meliputi personaliti, komunikasi, etika dan peraturan, pendedahan dan pengurusan laporan. Pelaksanaan program ini akan memastikan produk yang dihasilkan nanti akan dapat memasuki pasaran kerja diperingkat tempatan dan global. Dengan ini, hasil pembelajaran yang diharapkan bagi setiap pelajar yang menjalani LI ialah pelajar dapat mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran berkaitan di tempat kerja, berkomunikasi secara berkesan dengan pihak atasan dan rakan sekerja, mengamalkan semangat kerja berpasukan, profesional dan beretika serta mematuhi dasar dan prosedur organisasi.
     
    VISI
    Membantu VISI PKT Dalam Melahirkan Modal Insan Yang Holistik Dalam Institusi TVET

    MISI
    Menguruskan Latihan Industri Pelajar Secara Professional, Sistematik Dan Berkesan Dalam Usaha Melahirkan Modal Insan Holistic Yang Memenuhi Keperluan Industri.

    OBJEKTIF
    Menguruskan UPLI Berfungsi Menguruskan Pendaftaran, Penempatan, Pemantauan Dan Penilaian Latihan Industri Pelajar.
  • PENGENALAN
    Unit Peperiksaan Politeknik Kuala Terengganu adalah suatu pusat yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan selaras dengan takwim yang dikeluarkan oleh Bahagian Pentaksiran & Persijilan, Jabatan Pengajian Politeknik KPTM dari semasa ke semasa. Unit ini membantu jabatan akademik bagi memastikan proses pendaftaran kursus pelajar berjalan dengan lancar sehingga pelajar menamatkan pengajian untuk dianugerahkan SIJIL/DIPLOMA. Setiap semester unit ini berperanan untuk menyediakan kertas peperiksaan akhir semester, jadual waktu peperiksaan dan memproses keputusan penilaian pelajar. Unit ini juga bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil dan transkrip pelajar yang telah tamat pengajian dan menyimpan rekod keputusan peperiksaan pelajar.
     
    OBJEKTIF UNIT
    · Menyiapkan kertas peperiksaan satu (1) minggu sebelum peperiksaan akhir bermula.
    · Memproses keputusan peperiksaan dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester pengajian berakhir.
    · Menyiapkan Sijil/Diploma bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian satu (1) minggu sebelum majlis konvokesyen

    AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI UNIT PEPERIKSAAN
    Urusan Penyediaan Kertas Peperiksaan
    Urusan Perlaksanaan Peperiksaan Akhir
    Urusan Pemprosesan Keputusan Penilaian
    Urusan Persijilan dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar
    Urusan Penguatkuasaan Peraturan Penilaian
    Urusan Pentadbiran Unit Peperiksaan

    MUATTURUN
    Jadual Pengawasan Peperiksaan Sesi
  • PENGENALAN
    Unit Sistem Maklumat (USM) bertanggungjawab menyelenggara sumber Teknologi Maklumat dan Komunikasi ke arah mencapai misi dan visi dan politeknik. Ditubuhkan pada awal 2004, tugas USM banyak berkisar kepada memberi bantuan teknikal kepada kakitangan pentadbiran, Akademik Sokongan Politeknik Kuala Terengganu.
       
    OBJEKTIF UNIT   
     ♥  Bertanggungjawab di dalam pembangunan dan perlaksanaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Politeknik Kuala Terengganu.
     ♥  Pengurusan dan penyelenggaraan sumber Teknologi Maklumat dan Komunikasi Politeknik Kuala Terengganu.
     ♥  Pengurusan Local Area Network (LAN) dan Wide Area Network (WAN) untuk perkhidmatan dan pentadbiran Politeknik Kuala Terengganu.
     ♥  Membantu di dalam perancangan pembangunan aplikasi dan sistem maklumat bagi Politeknik Kuala Terengganu.
     ♥  Mengenalpasti permasalahan dan penyelesaian berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
     ♥  Membantu dan menasihati serta mengemukakan cadangan serta pilihan teknikal di dalam pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
     ♥  Membantu Jabatan dan Unit di Politeknik Kuala Terengganu di dalam operasi yang melibatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
     ♥  Membantu di dalam merangka garis panduan keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Politeknik Kuala Terengganu.
  • Tag Line

    ‘Contribute…No Influenced’

    Visi

    Menjadi penyumbang kepada kecekapan dan kekukuhan tadbir urus Politeknik Kuala Terengganu

    Misi Piagam Pelanggan

    Melakukan pemeriksaan dan penilaian audit secara bebas dan berobjektif bertujuan menambah nilai dan memperbaiki operasi semua lapisan pengurusan dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti dalam semua aspek pengurusan

        i.Menjalankan pengauditan secara professional berpandukan piawaian  yang diterima umum

       ii.Memberi pendapat dan syor-syor membina hasil daripada pengauditan

      iii.Membuat audit susulan serta pemantauan ke atas syor-syor dan  penemuan  audit berbangkit

      iv.Menghasilkan draf laporan audit dalam tempoh 14 hari bekerja selepas  sesuatu pengauditan selesai dijalankan

    Objektif

       i.Membawa pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan meningkatkan keberkesanan pengurusan risiko, kawalan dan proses  tadbir urus

     ii.Menyediakan laporan atau pemerhatian hasil daripada pengauditan

    iii.Memastikan tadbir urus politeknik dilaksanakan mengikut peraturan dan  pekeliling  yang ditetapkan dari masa ke semasa

    iv.Menyiasat maklumat/aduan yang diperolehi terhadap salah laku berkaitan kewangan dan pengurusan

    Fungsi Penubuhan

    Skop Tugas

    Memantau operasi politeknik dengan menjalankan pengauditan untuk mengenal pasti kelemahan atau ketidakpatuhan kepada peraturan kerajaan serta mengambil tindakan proaktif untuk penambahbaikan dan menghalang isu-isu berbangkit daripada berulang

      i.Merancang dan menjalankan audit operasi, kewangan dan pematuhan untuk  menilai keberkesanan kawalan dalaman

     ii.Menentukan pematuhan terhadap dengan dasar-dasar yang dipilih, prosedur dan peraturan

     iii.Memberi cadangan kepada Pengarah untuk meningkatkan kecekapan dan  keberkesanan terhadap fungsi sistem kawalan yang telah disemak

     iv.Melakukan siasatan khas mengikut arahan Pengarah dari masa ke semasa

      v.Bekerjasama dengan semua peringkat pengurusan dan kakitangan Politeknik, juruaudit dalaman dan juruaudit luaran

      vi.Menjalankan perundingan dengan pentadbir, jabatan dan kakitangan di semua peringkat untuk menggalakkan tadbir urus yang baik

     
    SENARAI TUGAS PEGAWAI PID
    1.         Mengkaji sistem dan prosedur kerja untuk mengesan kelemahan dan mencadangkan penambahbaikan
    2.         Membantu ketua jabatan/pengarah politeknik memantau dan mengesan perbuatan salah laku, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan
    3.         Membuat tindakan susulan ke atas aduan yang didapati berasas
    4.         Membuat analisa ke atas Laporan Ketua Audit Negara bagi memberi perhatian terhadap ketidakpatuhan utama kepada hasil dari laporan audit
    5.         Menyediakan laporan secara berkala sebanyak sekali dalam tempoh 6 bulan kepada pengarah berkaitan perlaksanaan pengauditan di politeknik
    6.         Menjalankan tugas mengikut arahan Pengarah dari masa ke semasa 
     
    SENARAI TUGAS PEGAWAI JURUAUDIT
    1.         Menjalankan audit terhadap fail meja, kawalan keselamatan fizikal di pejabat, pinjaman kenderaan, pinjaman komputer, aset dan stor
    2.         Melakukan pemeriksaan khas terhadap tadbir urus di Politeknik termasuk aspek kewangan dan pengurusan sumber manusia
    3.         Membuat tindakan susulan ke atas aduan awam, hari bertemu pelanggan dan tahap Piagam Pelanggan sekiranya didapati berasas
    4.         Membuat analisa dan pelaporan terhadap audit yang telah dijalankan dalam tempoh 14 hari bekerja
    5.         Menjalankan tugas mengikut arahan Pengarah dari masa ke semasa 
     
    ETIKA PEGAWAI PID DAN JURUAUDIT
    Ahli Pasukan Inspektorat Dalaman (PID) hendaklah pada sepanjang masa berpegang kepada teras dan amalan berikut:
    1.         Integriti
    Etika individu dan pasukan melalui himpunan nilai pada diri individu/pasukan dalam membezakan antara yang benar dan yang salah, yang baik dan buruk, yang patut dan boleh dilakukan, serta yang tidak patut dan tidak boleh dilakukan. Pemilihan antara perkara-perkara ini sentiasa berlaku semasa menjalankan tugas sehari-hari, atau pun berinteraksi dengan pihak lain.
    i.        Perlu melaksanakan tugas dengan ikhlas, rajin dan bertanggung jawab
    ii.      Perlu mematuhi undang-undang dan mendedahkan apa yang dikehendaki dari segi   
             undang-undang dan profesion; dsn
    iii.    Perlu menghormati dan menyumbang kepada objektif-objektif organisasi yang sah dan
            beretika
    2.         Berkecuali
    Bertindak sebagai satu pihak yang berkecuali dan bebas. Tugasan, siasatan perlu dibuat tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Dipengaruhi bermaksud segala unsur-unsur negative seperti ugutan, ancaman, tekanan, pakatan, subahat dan sebagainya. Ahli PID perlu isytihar/tarik diri sekiranya beliau mempunyai kepentingan dalam kes siasatan tersebut
    3.         Objektiviti
    Menuntut pada pengumpulan, penilaian dan penyampaian berkaitan aktiviti dan proses yang diperiksa. Menilai dengan saksama dalam semua keadaan dan tidak dipengaruhi oleh orang lain semsa memberi pendapat/syor.i.        Tidak akan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti atau perhubungan yang akan menjejaskan atau dianggap akan menjejaskan penilaiannya secara saksama. Penglibatan ini akan termasuk aktiviti-aktiviti atau perhubungan yang akan mungkin bertentangan dengan kepentingan organisasiii.Tidak akan menerima apa-apa yang akan menjejaskan atau dianggap akan menjejaskan pendapat profesionalnya; dan iii.    Perlu mendedahkan semua fakta material yang akan diketahuinya, di mana jika tidak didedahkan, mungkin menjejaskan laporan PID
    4.         Kerahsiaan
    Sentiasa menghormati nilai dan hak milik maklumat yang diterimai.  Perlu berhati-hati dalam penggunaan dan perlindungan maklumat yang diperoleh dalam pelaksanaan tugasii.Tidak akan menggunakan maklumat untuk sebarang faedah peribadi atau dalam apa cara yang melanggar undang-undang atau menjejaskan objektif-objektif organisasi yang sah dan beretika
    5.         Kompetensi
    Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan dalam melaksanakan tugas dan objektif PID
    i.        Hendaklah menggunakan pengetahuan dan kemahiran profesion semasa menjalankan
             tugas
    ii.      Akan menjalankan tugas sebagai ahli PID berdasarkan standard profesionalisme; dan
    iii.    Akan secara berterusan mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti 
            khidmatnya
     
    PETUNJUK PRESTASI
    Bagi memastikan fungsi PID dilaksanakan dengan berkesan, petunjuk prestasi PKT diukur seperti berikut:

    Bil

    Perkara Tumpuan PID

    Petunjuk Prestasi

    1

    Usaha-usaha memperkemaskan Sistem dan Prosedur

    Tindakan pembetulan yang diambil berserta maklum balas oleh Jabatan/Unit terlibat dalam tempoh kurang 21 hari bekerja

    2

    Pelaksanaan kawalan dalaman dan pematuhan kepada peraturan

    Tindakan pembetulan diambil dalam tempoh 5 hari bekerja dan maklum balas oleh Jabatan/Unit terlibat dalam tempoh kurang 21 hari bekerja

    3

    Kualiti layan perkhidmatan telefon dan perkhidmatan kaunter

    Tindakan pembetulan diambil dalam tempoh 5 hari bekerja dan maklum balas oleh Jabatan/Unit terlibat dalam tempoh kurang 14 hari bekerja

    4

    Hari bertemu pelanggan

    Maklum balas kepada pelanggan dibuat dalam tempoh 5 hari bekerja

    5

    Pengurusan aduan awam

    Aduan awam diselesaikan kurang dari 15 hari bekerja

    6

    Tahap pelaksanaan piagam pelanggan

    Tindakan pembetulan diambil dengan segera dan maklum balas oleh Jabatan/Unit terlibat dalam tempoh kurang 14 hari bekerja

    7

    Tahap pelaksanaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi

    Maklum balas oleh Jabatan/Unit terlibat dalam tempoh kurang 14 hari bekerja

    *Rujukan :- PKPA Bil. 1 Tahun 2008 dan Bil 1 Tahun 2009

  • Kemaskini Pada : Monday 26 February 2024.

Penafian

  • Politeknik Kuala Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman web ini.

Dasar Keselamatan

  • Perlindungan Data

    Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

  • Keselamatan Storan

    Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.