• welcome
  • slide 77
  • MAKLUMAN KESELAMATAN
  • Image 03



  • *********************


    MAKLUMAN


    Majlis Konvokesyen Politeknik Kuala Terengganu Kali Ke-18
    Tarikh : 22 September 2019
    Tempat : Dewan Konvokesyen Taman Tamadun Islam,
    Kuala Terengganu, Terengganu



    *********************
  • *********************


    PENDAFTARAN KELAS PERSEDIAAN MUET SESI 2019

    Kini telah dibuka kelas persediaan MUET kepada semua pelajar Politeknik dan orang luar
    Yuran RM100 (orang luar), RM80 (pelajar)

    Kelas sesi 1 : Februari 2019 (tarikh akan dimaklumkan)
    Kelas sesi 2 : Julai 2019 (tarikh akan dimaklumkan)

    Merangkumi 4 modul : Listening, speaking, writting dan reading
    Untuk mendaftar boleh hubungi : En hidayat 09 6204100 sambungan 2026 atau 012-994 8642

    Anjuran Unit Latihan dan pendidikan Lanjutan PKT


    *********************



  • *********************




    Sistem Pengurusan Aset yang baru bagi politeknik
    boleh dilayari di laman sesawang seperti berikut :
    asetpoli.moe.gov.my



    *********************

Majlis Perasmian Program Touch Point Cabinet Away Day 2017

02 JANUARI 2018 - Pada hari ini telah berlangsung Majlis Perasmian Program Touch Point Cabinet Away Day 2017, Politeknik Kuala Terengganu bersama Parlimen Marang yang dirasmikan oleh En. Tahar bin Sulong, Timbalan Pengerusi Penyelaras Dun Pengkalan Berangan 1 mewakili YB Hj. A. Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Terengganu merangkap ADUN Pengkalan Berangan bertempat di Kg.Kenanga, Marang.

PKT telah diberi tanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja baik pulih rumah secara berfasa di rumah-rumah terpilih di sekitar Parlimen Marang yang melibatkan 4 buah DUN iaitu DUN Bukit Payung, DUN Alor Limbat, DUN Rhu Rendang dan DUN Pengkalan Berangan. Bagi fasa pertama yang berlangsung pada Oktober hingga November yang lalu, PKT telah berjaya menyiapkan sebanyak 12 buah rumah yang mensasarkan 3 buah rumah bagi setiap DUN. Kos keseluruhan bagi fasa pertama adalah sebanyak RM60,000.00

Secara keseluruhan sebanyak 34 buah rumah disasarkan untuk dibaik pulih di Parlimen Marang dan bagi fasa kedua sebanyak 22 buah rumah lagi diperuntukkan dan sebahagiannya adalah di Dun Pengkalan Berangan. Fasa kedua telah berlangsung sejak awal Disember lagi dan dijangka akan berakhir pada pertengahan Januari ini. Sehingga hari ini sebanyak 15 buah rumah telah berjaya dibaik pulih dan rumah yang terpilih untuk majlis perasmian pada hari ini merupakan rumah yang ke-16 untuk fasa kedua. Nama-nama peserta yang terpilih diperoleh dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan mereka ini adalah berdaftar dengan E-Kasih. Kos keseluruhan bagi fasa kedua ini menelan belanja sebanyak RM110,000.00

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

 

KERATAN AKHBAR

 

  • mohe
  • jpp
  • jpanew
  • mampunew
  • mdecnew
  • mscnew
  • Icon 08

Perkhidmatan Online

Bingkisan PKT

qrcodepkt

  • Kemaskini pada : Thursday 28 March 2019, 09:04:34.

 Paparan Terbaik

Firefox 7+ || Internet Explorer 9+ || Safari 5+ || Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Statistik Pengunjung

Hari Ini5
Semalam79
Minggu Ini258
Bulan Ini1647
Jumlah302337